Wednesday, September 29, 2010

Menikmati Sebuah Rakaman Penderitaan


Ini adalah karya copy and paste...sila baca karya asal...^__^

Tengok ni. Ish… ngeri sungguh!” kata Abu. “Pergh… sampai patah dua pinggang dia. Mesti mati punya tu!” ulas Ali pula. “Aku pernah tengok accident lebih kurang macam ni. Memang termuntah aku dibuatnya” Ali menyambung cerita. Mereka berdua tercegat di hadapan skrin komputer menonton klip video yang memaparkan imej seorang lelaki yang badannya terlipat dua dan [...]



“Tengok ni. Ish… ngeri sungguh!” kata Abu.

“Pergh… sampai patah dua pinggang dia. Mesti mati punya tu!” ulas Ali pula.

“Aku pernah tengok accident lebih kurang macam ni. Memang termuntah aku dibuatnya” Ali menyambung cerita.

Mereka berdua tercegat di hadapan skrin komputer menonton klip video yang memaparkan imej seorang lelaki yang badannya terlipat dua dan berlumuran darah kerana digilis sebuah lori besar. Pemandangan yang sepatutnya amat mengerikan itu, tanpa disedari berubah menjadi satu bentuk keseronokan dan kepuasan hingga tanpa bertangguh, Abu segera menekan butang share di rangkaian halaman sosial Facebook beliau agar pemandangan ngeri itu boleh ditonton oleh orang lain pula.

Tabiat ini juga membabitkan foto-foto anak kecil di Palestin yang hilang separuh kepala akibat letupan bom, atau imej wanita di sebuah negara direjam dengan batu bata hingga berkecai muka dan kepalanya. Siri ini berterusan tanpa henti.

Ada garis pemisah yang halus di antara sisi baik keadaan ini, dengan sisi buruknya. Ramai di kalangan pengguna internet menyebarkan foto dan klip video seperti ini dengan tanggapan bahawa ia adalah materi yang berkesan untuk menimbulkan kesedaran.

Ingat mati.

Bersyukur dengan keselamatan.

Mengambil iktibar.

Bertaubat.

Semua itu mewarnai lapisan pertama motif mengapa mereka gemar kepada bahan-bahan yang mengerikan seperti ini.

Tetapi ketika mana perbuatan menonton dan menyebar bahan sebegini berubah menjadi seperti suatu ketagihan, ia bukan lagi sebuah keprihatinan. Sebaliknya ia berubah menjadi penyakit mental!

‘Keinsafan’ yang dirasai itu bukan lagi sebuah keinsafan, sebaliknya kepuasan luar biasa, hasil melihat dan mengulang lihat foto serta imej yang ngeri itu...

Berhati-hatilah kawan-kawan..renungan untuk semua...untuk bacaan selanjutnya di Saifulislam

0 idea korang amatlah dihargai..:

Post a Comment

ramai juga yang minat....