Wednesday, April 29, 2009

adakah itu kita..!!!!!

Bayangkan benda ini berlaku pada
anda..... Suatu hari pada masa
Sembahyang Jumaat yang di hadiri oleh
lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba
masuk dua orang lelaki yang menutupi
seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..
tak nampak apa cuma dua biji mata and
membawa mesin gun...lalu salah seorang
lelaki tu bertempik "Sesiapa yang
sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri
di tempat kamu". Selepas mendengar
amaran lelaki itu maka segeralah
bertempiaran lari para jemaah itu utk
menyelamatkan diri.... daripada jumlah
yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih
kurang 20 orang sahaja yang masih
berdiri di tempat masing-masing termasuk
Pak Imam tu...
> > > > Lelaki yang bertempik tadi
segera membuka tutup mukanya lalu
melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Imam, saya dah halau
> > > > SEMUA yang hipokrit, sekarang
bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang
Jumaat". Lalu kedua lelaki tersebut
berpaling dan meninggalkan
jemaah....Sekian. Macam mana, adakah
anda rasa lawak dgn cerita di atas???
Selain terhibur, anda fikirlahlah...
> > > > "Lawak kan, dari 1,000 org yg
mengaku dia Islam hanya 20 yg
betul-betul beriman... ",
> > > > " Lawak kan berapa banyak
manusia yang mudah lupakan ALLAH bila
menghadapi bahaya... kedua lelaki tadi
hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata
pun nak bunuh.. tapi generasi skrang..
amat lemah.. baru kena ugut terus lari
lintang pukang.. lupa yg dia tak
sembahyang jumaat lagi...",
> > > > "Lawak kan, ada juga yang
agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun
bila time sembahyang jumaat..
> > > > tunjuk muka kat org kampung..
ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje..
bile time sembahyang raya...",
"Lawakkan, ramai orang percaya kepada
gossip dan apa yang ditulis oleh surat
khabar daripada apa yang tercatit dalam
Al-Quran",
> > > > "Lawak kan, berapa ramai yg
percaya dunia hanya sementara, akhirat
adalah tempat yang kekal, tapi
berlumba-lumba mengejar dunia", "Lawak
kan, kita boleh bersembang dgn boyfriend
atau girlfriend berjam-jam tapi nak
berdoa kepada ALLAH, alahai.. tak cukup
masa.... Dan lebih lawak lagi, bila kita
boleh post banyak thread atau email yang
berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua
tempat tapi merasa berat nak berkongsi
dan nak hantar artikel2 yang berunsur
agama. Lawak kan??? Kenapa? Gelak tu kan
realiti.
> > > > Tapi yg paling lawak sekali..
berapa orang yang lepas baca benda ni
akan sampaikan kat orang lain?
Berapa banyak????
…..Wallahualam….

Sunday, April 26, 2009

emotionless.....

Tuesday, April 21, 2009

aku tanpa cintamu..!!!!!

Bermula semester baru, Zayanah yang pada masa itu baru sahaja tahun dua pengajiannya, terpaksa menangguhkan pengajiannya selama setahun kerana mengandung hasil daripada perhubungan kotor mereka. Namun sesalan tidak berguna lagi, keluarganya tidak dapat menerimanya lagi dan tinggallah Zayanah terkapai-kapai dalam penyesalan AKU TANPA CINTAMU Lirik lagu nasyid, juga lagu layar keinsafan mungkin amat sesuai menggambarkan rasa keinsafan di hati Zayanah sekarang. Zayanah sering meratapi kekhilafannya dan merenung masa depannya yang gelap hasil perbuatannya sendiri.Tanpa diduga gadis yang selama ini amat menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, prinsipnya yang dipegang teguh selama hidup di bumi Allah, hancur begitu sahaja kerana amat rapuhnya iman seorang perempuan yang bergelar remaja.

Tawaran untuk ke sebuah universiti awam di tanah air sedikit melegakan hatinya yang luluh kerana tidak dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir. Zayanah tetap teguhkan hatinya untuk terlibat dalam bidang kejuruteraan. Dalam bidang kejuruteraan, sudah semestinya kaum adam lebih mempelopori bidang ini. Hati Zayanah sedikit cemas dan tidak selesa dengan keadaan barunya kini, kerana dia terpaksa bercampur dengan kaum adam untuk mencari ilmu. Namun dia percaya, selagi niat untuk mencari ilmu Allah dipegang, Allah akan melindunginya. Memang Zayanah mengakui, dia amat mudah tertarik dengan lelaki yang berpewatakan alim. Walaupun selama ini, Zayanah tidak pernah bergaul dengan lelaki, malah tidak pernah bercakap dengan lelaki, kerana dia memang dikenali dengan sifat pemalunya dan amat pasif semasa di alam persekolahan lagi, membuatkan ramai yang tidak berani untuk mendekatinya. Tetapi jauh di sudut hati seorang perempuan, dia inginkan kasih sayang seorang lelaki kerana dari kecil dia tidak pernah merasai kasih sayang seorang ayah malahan adik beradik lelaki kerana Allah lebih menyayangi abinya dan tiga orang abangya , yang meninggal akibat terlibat dalam sebuah kemalangan semasa Zayanah masih dalam kandungan umminya.

Perkenalannya dengan seorang senior lelaki atas dasar ingin menolong dalam pelajaran memusnahkan segalanya. Sidqi merupakan pelajar tahun akhir di universiti tersebut , berperwatakan amat alim dan banyak memberi nasihat kepada Zayanah, sedikit sebanyak telah menambat hati seorang mar’atus. Namun ketahuilah jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan. Iblis akan memerangkap anak cucu Nabi Adam as. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita amat lemah menghadapi tipu daya Iblis, lebih-lebih lagi pada zaman remaja. Memang pada awalnya tidak bersua muka, hanya bertanya khabar melalui internet, kemudahan teknologi kini banyak disalahgunakan pelajar sekarang, contohnya seperti Skype, YM, Gtalk dan sebagainya,

Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya? Inilah yang terjadi kepada kedua-dua mereka. Dimulakan dengan senyuman pertama semasa pertemuan pertama mereka di perpustakaan, telah menyulam kuntuman cinta dalam hati kedua-dua mereka. Perwatakan sopan dan lembut Zayanah telah menambat hati Sidqi. Hampir dua bulan perkenalan mereka, Sidqi telah memberanikan dirinya menyatakan hasrat cinta kepada Zayanah, mudah sekali syaitan telah meruntuhkan keimanan dihatinya, Zayanah pula yang sudah lama menantikan putera agamanya itu, dengan mudahnya menerima hasrat hati Sidqi. Maka bergembiralah syaitan kerana telah dapat meruntuhkan iman mereka. kononnya dengan harapan dapat menyemai cinta Islamik. Mereka telah berjanji untuk saling mengingatkan dan menjaga batas perhubungan mereka. Zayanah telah berkali-kali mengingatkan Sidqi untuk mengikat tali pertunangan jika benar-benar ikhlas terhadap dirinya, namun Sidqi memberi alasan untuk menghabiskan semester akhirnya dahulu barulah dia akan meminang Zayanah. Zayanah yakin dengan kata-kata Sidqi. Perhubungan mereka berjalan lancar sepanjang semester dan dengan bantuan Sidqi, Zayanah telah dapat sedikit minat untuk meneruskan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan yang amat tidak disukainya dulu. Dengan bantuan Allah, mereka telah dapat menjawab soalan peperiksaan untuk semester itu dengan cemerlang.

Syaitan amat bijak dan pelbagai cara digunakan untuk meruntuhkan niat suci mereka, bercinta untuk mencari keredhaan Allah. Maka, terjadilah satu detik hitam dalam hidup kedua mereka, kerana mereka berasal dari negeri yang sama, Sidqi telah mengajak Zayanah untuk balik cuti semester ke kampung dengan menaiki keretanya. Pada mulanya Zayanah menolak pelawaan Sidqi, tapi apabila Sidqi memberi alasan hanya untuk teman berbual dan menghilangkan rasa mengantuk semasa memandu kereta, Zayanah menerima pelawaan buah hatinya itu, sayanglah katakan. Bila berdua-duaan, maka muncullah yang ketiganya, iaitu syaitan laknatullah, memujuk nafsu mereka. Maka terperangkaplah dua insan yang berkasih-sayang. Zayanah dan Sidqi telah hanyut ditelan nafsu . Sejak kejadian itu, Sidqi yang telah tamat pengajiannya di universiti itu telah menjauhkan diri daripada Zayanah dan meninggalkan Zayanah tanpa khabar berita, dengan alasan menyesal dan ingin bertaubat. seorang diri. Dengan jasa baik sahabat karibnya, Amilah, Zayanah menumpang di rumahnya sehingga dia melahirkan seorang cahaya mata lelaki. Zayanah sentiasa tertanya-tanya, masih adakah insan yang dapat menerima dirinya yang sudah tidak suci. Kerana dia tahu, penzina hanya untuk penzina, lelaki yang baik untuk wanita yang baik, dan sebaliknya. Kini Zayanah berada dalam tahun akhir pengajiannya di universiti tersebut, memang perit untuk Zayanah kerana dalam masa yang sama, dia terpaksa bekerja untuk menyara anak lelakinya, satu-satunya buah hatinya kini. Penyesalan tidak berguna lagi. Begitulah kita jika tanpa cinta kepada Allah, jika hanya mengharapkan cinta insani, mudah hanyut dan termakan pujuk rayu syaitan. Nau’zubillah..

P/s SAYA :Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia, ia telalu mulia. Kalau begitu, adakah cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru, bukankah mereka ini semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Monday, April 20, 2009

your sadness and mine....!!!

Are you sad? , or emotionally drain about things going in and out of your life? Is it about your health or maybe financially or your just tired and just wont get up, feeling sluggish and things just out of control....

These are some of the examples of reality that each and everyone is facing and holding on every single day. Each generation has its own complex has its own level of problem, sadness and frustration, losing a mobile phone maybe a small problem to you but to some it's the end of the world already, so how will you justify to me and to all the people your sadness, how will you prove to me that you are emotionally drain about the things that goes in and out of your life, how will you tell me to cry to the stories of hardship and failure of your life, if I have a different definition....

If I can put my feet in your shoes and feel what you are feeling and cry with the same tears you are weeping and choose the same shade of color you chose, maybe I will learn to appreciate the same things you do appreciate and maybe then I will learn to know, to feel and to embrace the true meaning of your feelings, your sadness, your emotion in your life....

But till then I'll be me, with a different level of problem, sadness and frustration. So do not tell me to cry because I wont going to ask you to cry, and do not tell me to understand because I wont going to ask you to understand and lastly do not tell me hold on and move on because I wont going to tell you to hold on and move on.......

Because the only perfect person to mirror your own feelings is you yourself, same as I for myself.....


...the end...:(

Sunday, April 19, 2009

borinkkkkkkkkkk......




erm...musim2 exam ni rse borim gak duk ngadap buku....lalu hamba ini dgn pnh semangatnye..buatlah gmbr ni...hehehe..menjadi n melawa la jgk...sesap nk thu dr mne hmamba buat blhla post komen...insya allah hamba akan bgtaw...k..wassalam.

Thursday, April 9, 2009

Kejutkan Orang Bangun Pagi...!!!!

Kalau nak kejutkan org bangun tidur ..cam ni antara caranya..
1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...
3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...
4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...
5. tutup kipas/air cond

Tp kalau still tak effect
1. jerit nama dia kuat kuat...
2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit
3. simbah air sebaldi...kalau bleh air rendam baju dalam korang
4. tarik rambut dia sampai jatuh dr tilam
5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempabumi! gempabumi! tsunami!tsunami!
6. jerit api! api! api!
7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bg ambik bau sikit

Tp kalau still tak effect gak
1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin! hehehehehe

Tp kalau still tak effect gak...ni je la cara terakhir
1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan...kerana tuhan lebih menyayanginya .

Wednesday, April 8, 2009

exammmmm.........

erm....hari-hari yang dilalui seakan mengerti akan kesibukan diri ini...hahaha..aku bermadah lagi....ntahla...xthu ape yg aku rasai..n alami...stress...ngak...tension..bukan jgk...sedihhh...ade la ckit sbb xdpt blk kg...keluh kesah...sangat byk...sebab byk lg yang aku xbca...satu pkr pn xde lg tuk finall ni...tulah...org masuk unvrsti kita pn nk ikt msk gak...hihi...namun aku bersyukurlah...hehehe...mggu ni imtihan syafawi...huhu...sume org kelihatan menyepi...ntahlah..nk main sembunyi2 or...they become sleepy..yelah...msg2 tdo lewat..sbb exam dh dekat...time gni bukan mudah aku nk menyakat..yelah...kang xpasal2 mulutku diikat...huhu..oklh kwn2...nati ada msa aku post ag komen...doaku..semoga kwn2 sume dpt menjawab imtihan dgn baik...n jgn lupa doakn aku gak erk...k..wassalam..

Tuesday, April 7, 2009

geli hati jap..!!!

Pada suatu hari yg tenang..seorg suami sedang relaks sambil duduk membaca suratkhabar…..tiba-tiba dtg si isteri membawa tudung periuk….PANG!!….diketuknya atas kepala si suami…..si suami yg terpinga-pinga…..bertanya…..
“Aper hal ngan awak nih….kenapa awak ketuk kepala saya??”….si isteri pun menjawab….”nah! awak tengok nih….” sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama….’Mary’….si isteri tentula menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Mary….dgn tenang si suami menjawab…. “ooo….itu nama kuda yg saya bertaruh
semalam…..namanya Mary…..”
si isteri pun agak puas hati dengan penjelasan suaminya..terus menyambung kerja di dapur…..
Selang seminggu berlaku indiden ketuk mengetuk… ketika itu si suami sedang rehat2 membaca suratkhabar seperti selalu…. PANG!!!…. kali ini dengan lebih kuat lagi!….
si suami pun bertanya…. “aper hal plak awak ketuk kepala saya kali nih???” dengan selamba si isteri menjawab….”kuda awak telefon!!”…..
P/s: Lain kali nak tipu bini tu cariklah alasan yang lebih selamat…

Jalan Dakwah

Jalan Dakwah


Katakanlah:
‘ inilah jalanku,
aku mengajak kalian kepada Allah dengan bashiroh,
aku dan pengikut-pengikutku
Mahasuci Allah!
dan aku bukan termasuk orang-orang yang musyrik

Jalan dakwah panjang terbentang jauh ke depan
Duri dan batu terjal selalu mengganjal,
lurah dan bukit menghadang
Ujungnya bukan di usia,
bukan pula di dunia
Tetapi Cahaya Maha Cahaya,
Syurga dan Ridho Allah Cinta adalah sumbernya,
hati dan jiwa adalah rumahnya.

Pergilah ke hati-hati manusia ajaklah ke jalan Rabbmu
Nikmati perjalanannya,
berdiskusilah dengan bahasa bijaksana
Dan jika seseorang mendapat hidayah karenamu
Itu lebih baik dari dunia dan segala isinya…

Pergilah ke hati-hati manusia,
ajaklah ke jalan Rabbmu
Jika engkau cinta maka dakwah adalah faham,
Mengerti tentang Islam,
Risalah anbiya dan warisan ulama
Hendaknya engkau fanatik dan bangga dengannya
Seperti Mughiroh bin Syu’bah di hadapan Rustum Panglima Kisra

Jika engkau cinta maka dakwah adalah ikhlas menghiasi hati,
memotivasi jiwa untuk berkarya Seperti kata Abul Anbiya,

“Sesungguhnya shalatku,
Ibadahku,
hidupku,
dan matiku semata bagi Rabb semesta".
” Berikan hatimu untuk Dia,
katakan “Allah Ghayatuna”

Jika engkau cinta maka dakwah adalah amal
Membangun kejayaan ummat kapan saja di mana saja kamu berada
Yang bernilai adalah kerja bukan semata ilmu apalagi lamunan
Sasarannya adalah perbaikan dan perubahan,
al ishlah wa taghyir
Dari diri pribadi,
keluarga, masyarakat hingga
Negara Bangun aktivitas secara tertib untuk mencapai kejayaan


Jika engkau cinta maka dakwah adalah jihad
Sungguh-sungguh di medan perjuangan melawan kebatilan
Tinggikan kalimat Allah rendahkan dugaan syaitan durjana
Kerja keras tak kenal lelah adalah rumusnya
Tinggalkan kemalasan, lamban, dan berpangku tangan


Jika engkau cinta maka dakwah adalah taat
Kepada Allah & Rasul, Al-Qur’an & Sunahnya Serta orang-orang bertaqwa
Taat adalah wujud syukurmu kepada hidayah Allah
Karenanya nikmat akan bertambah melimpah penuh berkah


Jika engkau cinta maka dakwah adalah tsabat
Hati dan jiwa yang tegar walau banyak rintangan
Buah dari sabar meniti jalan,
teguh dalam barisan
Istiqomah dalam perjuangan dengan kaki tak tergoyahkan
Berjalan lempang jauh dari penyimpangan

Jika engkau cinta maka dakwah adalah tajarrud
Ikhlas di setiap langkah menggapai satu tujuan
Padukan seluruh potensimu libatkan dalam jalan ini,
Engkau da’I sebelum apapun adanya engkau
Dakwah tugas utamamu sedang lainnya hanya selingan


Jika engkau cinta maka dakwah adalah tsiqoh
Kepercayaan yang dilandasi iman suci penuh keyakinan
Kepada Allah, Rasul, Islam, Qiyadah dan junudnya
Hilangkan keraguan dan pastikan kejujurannya…
Karena inilah kafilah kebenaran yang penuh berkah


Jika engkau cinta maka dakwah adalah ukhuwah
Lekatnya ikatan hati berjalin dalam nilai-nilai persaudaraan
Bersaudaralah dengan muslimin sedunia,
utamanya mukmin mujahidin
Lapang dada merupakan syarat terendahnya,
itsar bentuk tertingginya
Dan Allah yang mengetahui menghimpun hati-hati para da’I dalam cintaNya
Berjumpa karena taat kepadaNya
Melebur satu dalam dakwah ke jalan Allah
Saling berjanji untuk menolong syariatNya

A Smile From the Heart

Does a smile given or received have any effect on others?

One thing we know for sure, when we are giving a smile away it usually means we are in a happy state of mind. When we receive one, no matter what the mood we may be in, it mellows and softens the heart. So what does this mean? It shows that people are connected both directly and indirectly.

There have been numerous studies conducted with respect to the effects of a smile. The researchers involved have been curious to ascertain if one person in a group smiles can it actually stimulate others within that group to smile as well? This is an experiment you can try for yourself. Next time you are on an elevator with several other people, smile at the person next to you and see what happens. Then perhaps smile at someone else as well. This is a great exercise, with great results. In fact, it may bring a smile to your face whenever you think about it.

In many ways, humans are both compassionate and caring. Often we react as per our environment, and not our personalities. Usually an irritable individual finds it a little more difficult to remain in that state when they are with someone who is happy and smiling. Have you ever been in the presence of a person who is smiling and happy and they have done something to make you smile although smiling is the last thing you wanted to do? Research actually shows that your happy friend can increase your chances of being happy by 9%, but that unhappy one can bring you down by 7%. That just shows you the type of effect that other people can have on us. A negative environment will spawn negativity, and a positive environment will do just the opposite.

Another interesting factor is that in order to benefit from another’s happiness you must be close to them in order to have a reaction to their happy emotional energy. Again, you can give this some thought. Think about a friend who is usually always happy and bubbly. You can talk to them on the phone and no matter what; they always make you feel good. You look forward to the time when you can be in their company again because of the way they make you feel. When you are with them, you enjoy their company since they make you smile. So being in close proximity really does strengthen the emotional bond. Exposure to a bright happy smile most certainly is contagious. It is probably adaptive and healthy that human beings can react to other’s emotions so well and so fast.

Want more tips on the effects of smiling? Have a comment or question you’d like to share? Come join others at Boomer Yearbook for simple and effective coaching tips and strategies.

www.boomeryearbook.com is a social networking site connecting the Baby Boomer generation. Share your thoughts, rediscover old friends, or expand your mind with brain games provided by clinical psychologist Dr. Karen Turner. Join today to discover the many ways we are helping Boomers connect for fun and profit.

For www.boomeryearbook.com

ramai juga yang minat....