Saturday, November 21, 2009

cutiii.....

Assalamualaikum...

agak lame rasenyer aku tak mengupdate blog nih...yelahhh..dah blk kampung...byk menda yang nak kena setel...pastu plak..takkan la aku nk duk ngadap laptop jer sokmo...dari hari pertama aku balik..hr khamis ( 12.11.09) hingga hr ni ( 21.11.09) banyak menda yang aku wat..hehe..rajin sangatkah aku nih...wahaha..takkkkk....banyak jugak citer2 makcik2 n nenek2 yang aku dengar....banyak jugak hal2 yang tak diingini berlaku...adohai...sume hal dunia jek...hal akhirat aku cmne..??ermmmmm.....

oklah nih nk citer hal dunia dulu...menda 1st aku wat bile sesampai aku kat umah nih...kemas umah n kemas bilik aku...almaklumlah...time aku xm...umah aku kat kg dilnda banjir..so, barang2 yang penting kena letak kat tmpt tinggi...tapi aku tak kemas sume sbb nak tunggu banjir kali kedua plak..yela..musim tengkujuh tak habis lagi...hehehe

hermm..then hari kedua plak..aku wat kek coklat kukus..merangkap kek birthday adik bongsu aku ( izzah )..yela..time birthday dia..aku takde kat umah...so tuk meraikn dia...sbb aku dh janji nk wat kek tuk dia...terpaksalah buat...hehe...kek coklat kukus ni bukanlah susah pn...bahan pn senang nak dapat...


ha...ni kek sblm dikukus...tp lupa plak nk amik pic lps kukus...huhu...

haaaa....ni hasil kek lepas disolek...lupe lak nak amik pic tuan punyer kek....

kat umah nih...lau diikutkan..banyak menda boleh wat...hehe..dah nme ag umah kite sendiri..wahaha...then aktiviti melawat kebun sambil makan2 buah plak...best duk kat kg nih...blh tanam pokok2 yang bermanfaat...yelahh..duk tanam bunga jek...aku cakap gni sbb kat umah aku..xde satu pun pokok bunga...aku pn tak tau sbb ape...aku suka bunga..mak pn suka bunga...tp xde pokok bunga..kwang3..agak pelik....tp bila aku pk balik...daripada tanam bunga baik tanam pokok dokong ke..rambutan ke...mata kucing ke...seto ke...haaaa...blh mkn buah...

haaa...ni buah2 dokong kat ats pokok....

hari-hari lain..aktiviti sme jek..jge cousin..jd bibik..n jge kucing..hehe..nasib baik ade kawan gak kat umah ni..lau dop..borink gak la....

muke borink kucing aku...wawawawa....

kadang2 sebagai manusia yg byk wat silap...slalu alpa...hal dunia melebihi hal akhirat..begitu jugaklah aku...so, dalam cuti ni...aku harap dapat menghabiskn bbrp buah buku agama...then dpt khatamkan al-qur'an tuk tahun/bulan ni..huhu..doakan aku istiqamah lam wat sume ni...aku juga doakan sahabat2 lebih baik dari aku erk...

okeyhhh...ni hal mggu 1st aku kat kg....tuk mggu ni lg best...sbb..bnjr..ehe..time aku kat umah plak tu...haaa...tnggula yea..post akn dtg...

k..wassalam....


~ ya Allah, kurniakan aku kesempatan waktu sehingga aku betul-betul bersedia dihadapanMu ~


Monday, November 9, 2009

Jadikan aku seindah wanita solehah...


Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh.....“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang sholehah,”

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini..

Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya.. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya yang zikirnya menjadi penawar dirinya tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati....

Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.


Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh ummi dan baba. Tiada harta untuk kupersembahkan. ..hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...


"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (lah-Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as, sama seperti mu.

”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata.

Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Pendirianku. ..pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya." (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakka n lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1)


" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian
dari harta mereka".(An- Nissa':34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.

Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.

"Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu.::.

Saturday, November 7, 2009

dalam kekalutan exammm...

assalamualaikum....

Hari ni rasa nak post something jea dalam blog ni...hari ni bebudak batch kami PQS 08/09 atau nama lainnya AQSO telah mengadakan bbq kat tasik kejut...terkejut sangat la tasik tu erk..ehe...erm...kitaorang janji kul 8 pagi dah ade kat sane..hehe..biaselah.. manusia...xboleh nk lari dari kesilapan...kami terlewat..kul 9 lebih bru sampai sana...sampai-sampai..ingatkan dah ramai..haahahahha...rupenyer bru ade 3 orang budak-budak laki ( azim,hilman,safuan ...berbanggalah korang cz lsatu dunia leh kenal name korang...hik3 )...hu3..baguih betul diaorang..tepati masa..siap bakar dah ayam lagi tu....
then...lame-lame..bertambah jugak ahli...jd ramailah tp xla ramai sgt( em..berbelit-belit lak erk..)...aku cadang nk tolong bakar gak ayam tu...tp bile tgk dak2 laki cam terlebih semangat membakar...so aku lupakan niat aku tu...tengok jauh-jauh je la..ehe...mmg jauh cz takut kna asap....makin lme yang datang makin ramai...legalah kitaorang..bukan ape..tkt xhabis lak makanan nanti...

menunggu ayam masak...


sempat ag amik pic...


then..sesi makan-makan...














Jutaan terima kasih buat penganjur majlis saudari Busyra Hani serta Syidah dan sahabat-sahabat yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan bbq ni...walaupun tak semua yang datang...sy berharap kita dapat lagi mengadakan aktiviti2 camni cz blh mengeratkan lagi ukhuwah antara kita...sayang korang...:o)

Wassalam...

Friday, November 6, 2009

mereka menangis lagi..!!!


suasana exam penuh tekanan
semakin tertekan bila kurasa tak tenang
namun..di sebalik kegelisahku
di sebalik tekananku
di sebalik kesusahanku
disebalik ketidaktenangan hatiku
tuk membuka kembali buku

sebenarnya...
tak semudah yang ditanggung insan yang kusayangi
ma abah
mereka menangis lagi

anakmu dikejauhan yang seketika ini
berharap ma abah tabah menghadapi
inilah dikatakan dugaan Illahi
kita sama-sama hadapi
Doakan anakmu tabah di sini...
Sayang ma n abah...






ramai juga yang minat....