Tuesday, December 14, 2010

Aku wanita BIASA.....( T_T )

Setiap manusia yang Allah jadikan pasti akan menerima ujian. Hidup ini pun sudah 1 ujian, dan tidak ada yang terkecuali menerima ujian. Berat dan ringan sesuatu ujian sesuai dengan kesanggupan seseorang itu untuk memikulnya.




"Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan….Surah al-Anbiyaâ, ayat 35)


Tergerak di hati apabila kerap kali membaca status seseorang mengenai CINTA...em… Apa itu cinta? Pasti ramai yang akan berkata, cinta itu buta, cinta itu indah, dan sebagainya. Cinta itu sendiri sebenarnya sangat subjektif. Sukar nak digambarkan dengan kata-kata,sukar dihuraikan dengan ayat..


Bila orang bertanya, mengapa pilih dia? Jawapannya, ialah tiada jawapan kerana itulah perasaan yang Allah hadirkan dalam diri. Terlalu misteri...terlalu abstrak.. Ada yang cinta kerana nafsu, kerana paras rupa dan kerana harta benda. Moga cinta yang Allah hadirkan dalam diri kita adalah kerana Allah Ta'ala, yakni cinta yang berlandaskan syariat.


Tapi….seringkali PEJUANG tewas dengan cinta sesama manusia. Kecewa dengan cinta makhluk. Dalam diri seorang pejuang, istilah kecewa dengan cinta sesama makhluk tidak ada dalam kamus hidupnya. Jika benar anda mengaku sebagai pejuang, bangkitlah semula. Jangan terus kecundang. Dunia ini adalah medan perjuangan kita, pentarbiyyahan dalam diri kita.


Diriku juga bukanlah seorang yang sempurna, aku tidak mendambakan lelaki sehebat Saidina Ali kerana aku bukanlah sebaik Siti Fatimah. Aku tidak mendambakan mahligai indah, rupa menawan seperti Yusuf, harta menggunung tinggi. tapi cukuplah sekadar seseorang yang mampu menjadi suami dan ayah kepada anak-anakku kelak. Yang mampu berganding bahu dan bersama-samaku meneruskan perjuangan Rasulullah s.aw. Tidak perlu bersusah payah untukku kerana cukuplah apa yang ku impikan.



Jangan berkata 'tidak layak' untukku, jangan sesekali mengatakannya kerana aku bukanlah wanita yang ingin dipuja melambung tinggi dan aku hanyalah wanita biasa. Kita bernafas dengan udara yang sama, kita berpijak di bumi yang sama dan kita juga menyembah tuhan yang sama. Dia boleh berkata dan meluahkan rasa hatinya, tapi adakah dia tahu apa yang aku inginkan? Adakah dia tahu apa yang aku mahukan? Adakah aku tiada hak untuk meluahkannya? Cinta dan perasaan bukan untuk dipersendakan kerana ia bermain2 dengan jiwa. Jika jiwa rapuh dan goyah, rapuhla ia bersama2 dengan cintanya. Jika jiwanya kuat dan tabah, pasti dia akan merangkak2 mencari cinta Ilahi.


Berilah peluang kepada diri masing2 seadanya, hindarkan dari terlalu suka bersangka2 kerana itulah puncanya hati mula rapuh. Bukan ku pinta seseorang seperti Nabi Muhammad s.a.w, tapi cukuplah dia berusaha untuk menjadi seperti baginda kerana aku juga mengharapkan dia dapat menggapai tanganku dan mendidikku untuk berusaha menjadi Siti Khadijah. Pimpinlah aku, sambutlah tanganku andai aku jatuh kerana aku masih seorang wanita biasa...(T_T)..







(T______T)


Wednesday, December 8, 2010

setelah 13 tahun......

Bismillahirrahmanirrahim.....

ni entry ringkas jea...letih sangat ni..baru balik dari oliday...tp tak sabar nak coretkan sumtim...okey..hmmm..setelah 13 tahun berlalu...7/12/2010 - 8/12/2010...aku sekeluarga telah pergi beroliday kat Perak..tujuan utama...untuk kutip ( nak gunakan jugak perkataan ni ) kenangan kami 13 tahun dahulu....waaahhhh...lame bebenor tak g sne...memang banyak perubahan...terutama tempat kami tinggal dulu..banyak rumah-rumah dah tumbuh..erkk..tumbuh ke..tak kisah lah....walaupun dua hari satu malam jea..tp kami tetap hepi..hepi + gumbira + suka = puassss.....tak tergambar gembiranya kami...tapi yang jelas gembiranya...abah dan ma aku...hehehe...tak nak citer la part neh...kikiki..oklah..layan jea gambor2 nih......zasssssss....^__^


p/s : abaikan tarikh kat pic tu...lupe nak setting balik...

Yang disayangi...

kat Kuala Kangsar

ngeee.....

kat tebing sungai Kuala Kangsar

haaaaa......


ada lagi...tunggu yea....hehehhee......k..tatatutu

Monday, December 6, 2010

Bila nak Hijrah...????

Bismillahirrahmanirrahim......


Mungkin kita memahami pengertian hijrah itu semata-mata berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain sebagaimana Rasulullah s.a.w berhijrah dari Mekah ke Madinah. kefahaman bahawa hijrah Rasulullah s.a.w itu hanyalah semata-mata untuk memperolehi kesenangan dan mengelakkan penderitaan, adalah tidak ubah seperti pendapat orientalis Barat.


Antara dakwaan mereka ialah hijrah itu berlaku disebabkan rasulullah s.a.w tidak lagi popular di kalangan masyarakat Arab Mekah. Maka sebab itulah Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah bertujuan untuk mencari peminat. Konsep Hijrah seperti itu tidak mungkin benar bagi orang yang ingin mencari jaminan hidup berupa kebendaan yang lebih baik.


Sebenarnya hijrah membawa pengertian yang luas, keluar dari medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas dan ia adalah pemisah di antara yang hak dengan yang batil. ia juga merangkumi perpindahan kepada hidup yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredhaan dari Ilahi.


Tanpa sifat-sifat sanggup berhijrah, mustahil kejayaan akan tercapai dan kemajuan ummah tidak akan terhasil. Islam tidak menyuruh kita berdiam diri dan menunggu Tuhan memberi sesuatu kepada kita tanpa berusaha. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Ar-Ra'd ayat 11 yang bermaksud :

" Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri "


Apabila umat Islam memiliki inisiatif untuk mengubah keadaan mereka sendiri, maka pertolongan Allah pasti datang. Allah akan mengubah keadaan mereka dari kehinaan dan kerendahan kepada kemuliaan dan ketinggian. Dari keadaan yang kurang maju kepada keadaan yang lebih maju dan berjaya. Pertolongan Allah s.w.t akan tiba apabila umat Islam sanggup membela agama Allah. Ini dibuktikan oleh firman Allah s.w.t dalam surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud :

" Wahai orang-orang Yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."


Allah s.w.t membekalkan kita dengan cukup kelengkapan untuk menjadi manusia yang boleh berdikari dan berikhtiar dalam menentukan arah kehidupan. Kita dibekalkan dengan peralatan yang membolehkan kita memasuki dan merubah segala apa yang ada di sekeliling kita dan juga apa yang ada di dalam minda, pemikiran, persepsi, kesedaran dan emosi.



Jadi.....bila kita nak HIJRAH....?????







p/s : apa yang aku perlu ubah dalam diri ini....gigit jari tanya hati..^_^


ramai juga yang minat....