Pada satu hari, seorang pemburu telah menangkap seekor burung murai. Dengan perasaan sedih burung murai itu merayu kepada si pemburu dan berjanji akan memberinya tiga nasihat yang berharga sekiranya ia dibebaskan. Terpengaruh dengan rayuan si murai itu, si pemburu pun melepaskannya. Sebaik sahaja murai itu terlepas, ia pun berkata,"Nasihatku adalah:-
1)Jangan percaya semua apa yang kamu dengar. 2)Jangan suka menyesal,serahkan pada takdir ALLAH."
Setelah berkata demikian murai itu pun berkata,"Biar aku katakan padamu.Dimulut aku ini ada sebutir mutiara yang berharga sekali sebesar 10 dirham!"
Terperanjat sungguh si pemburu itu mendengar kata2 burung murai itu. Si pemburu berasa dirinya telah tertipu."Bodohnya aku!Bagaimana aku boleh terlepas peluang yang begitu baik!"
Mendengar keluhan pemburu yang penuh sesalan itu,murai berkata. "Bukankah aku baharu sahaja menasihati mu agar jangan suka menyesal terhadap apa yang telah lalu.Engkau tidak dengar!. Nasihat yang pertama supaya jangan mudah percaya apa yang kamu dengar. Kalau engkau timbang tubuhku nescaya engkau akan dapati tidak melebihi 3 dirham. Bagaimana mutiara seberat 10 dirham boleh memasuki mulutku?"
"Baik lah,apakah nasihatmu yang ketiga?" tanya pemburu itu. "Kamu tidak gunakan sama sekali kedua-dua nasihat aku berikan tadi dan sekarang kamu hendak pula nasihat yang ketiga? Tetapi tidak mengapalah. Nasihat ku yang ketiga adalah, memberi nasihat kepada sedozen bahlul seperti engkau ini adalah seperti menabur benih ditanah usang, tidak akan memberi faedah!"
kalau saya ingin mengikuti nasihat burung ini,saya akan kata,"uh,aku tak percaya cerita nih. ada pula burung boleh bercakap." hahahaha...cerita yang sangat menarik dan penuh pengajaran
Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh.....“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang sholehah,” Kumulakan war...
About me
...@tiyy@h...
rantau panjang, kelate, Malaysia
....setiap yang manis kadangkala boleh menghiris,setiap yang indah kadangkala membawa padah dan setiap yang hadir bukannya takdir,mungkin menyuruh manusia berfikir....
1 idea korang amatlah dihargai..:
kalau saya ingin mengikuti nasihat burung ini,saya akan kata,"uh,aku tak percaya cerita nih. ada pula burung boleh bercakap." hahahaha...cerita yang sangat menarik dan penuh pengajaran
Post a Comment