Wednesday, January 27, 2010

PRK...bermula dan berakhir...


Pilihan raya kampus ( PRK ) bermula lagi, hari ini adalah hari terakhir untuk calon-calon pimpinan GMUKM dan ASPIRASI untuk mempromotekan diri mereka dan secara tak langsung menyampaikan manifesto masing-masing...Aku sebagai seorang pelajar merangkap pengundi pada esok hari 28 Jan 2010 kat kampus UKM ni agak sedikit terkilan apabila melihat pemimpin-pemimpin yang berperangai cam bebudak..saling hentam-menghentam..fitnah-menfitnah ( ke ni memang cara berpolitik..???atau aku yang xtahu..??)..kadang-kadang terfikir plak, tak boleh ke diaorang meraih undi ngan cara berhikmah...asyik ade jek pihak-pihak yang merancang strategi kotor..tulah aku xboleh nak tuduh sebab takde bukti...tapi ade pepatah melayu cakap..kalau xde angin masakan pokok bergoyang ( ke korang nak jawab, sebab ade monyet...hahaha)

Kat cni gak aku nak ucapkan tahniah dan kagum ngan pimpinan dan anggota yang berani datang dari kolej ke kolej or dari bilik ke bilik untuk berkempen or memberi artikel ( walaupun ltk bwh pintu..ok la tu )...tapi yang aku hairan..daripada pihak yang satu lagi jz letak senarai nama calon mereka kat satu sudut di aras blok..aishhh...pelik gak aku..tak kanla diaorang tak berani nak ketuk pintu dan bagi kat penghuni kolej..??or selit bawah pintu...???...or sebab diaorang mudah sangat menang so tak payah nak susah-susah meraih undi..gitu ke..??hermmmm...agak heran disitu..

Dan hari gak, kelas aku agak padat dan memang takde masa free pun, jadi terpaksalah kami berlari-lari dari FPI ke FSSK...hari ni aku dan kawan-kawan bernasib baik sebab ada satu kelas yang habis awal...so kami ada masa untuk solat dan makan...disebabkan kelas selepas ni kat FSSK, kami ambik keputusan tuk solat dan makan kat situ...kami makan dulu then solat...nak dijadikan cerita, lepas solat kami terpaksa rush tuk ke kelas sebab dah lewat 20 minit..aduhh..gawat...aku pun terpandanglah sekelompok pimpinan ASPIRASI tengah berkumpul kat FSSK tu..nampak sumenye segak-segak...eh...yeke..??haha...dalam hati aku berkata, ermm..maybe diaorg ngah berkempen..yelah,nampak pegang kertas2 tu...sebab nak rush terpaksa la ikut jalan lain...masa ngah jalan tu aku terdengar ada suara berkata, " nak bagi gak ke kat orang pakai baju purple "..ahaa..kebetulan aku pakai tudung purple dan kawan aku sepasang purple...terasa agak lawak disitu...nasib baik aku ni bukan sejenis robot yang mengenal suara manusia...yang ni aku malas nak ulas la plak, korang pikir and tafsir sendiri la yea...oklah setakat ni saje coretan aku..kita nantikan keputusan PRK esok...pihak mane yang berjaya..nantikan...hehehe...wassalam

p/s :
1. jangan menilai orang dari luaran or dari warna pakaian yang mrk pakai...hikhik
2. undi adalah rahsia...hahaha

Sunday, January 17, 2010

Berharganya sebuah KEPERCAYAAN.....

Bismillahirahmanirrahim....

Agak lama aku tak mencoret sesuatu di sini...mungkin disebabkan kekangan masa..kelas aku yang bermula pagi dan habis petang...so malam plak menghabiskan masa wt homework ( erm..ye ke..??) sehari suntuk letih, so xde idea la tuk mempublish sumethng lam blog...urmmm..

Hari ni aku ada sesuatu nak kongsi ngan korang...semalam aku ada menerima kiriman sms daripada seseorang yg berbunyi....

" hina sangatkah aku???boleh kau bagitaw aku???? "

Aku terkelu..terkeliru...fikiran celaru dan buntu....xtahu pe yang perlu aku jawab...mungkin korang tertanya2 apa kesalahan n kesilapan si pengirim sms..sehingga dia mengirimkan sms begitu...itulah..pepatah ada mengatakan..terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya...tapi seseorang ni terlajak perbuatan...perbuatan yang membuang sama sekali kepercayaan org tua terhadapnya....so cmne..??aku pun xde jawapannye....

Apa yang aku boleh katakan, amat susah untuk mengembalikan kepercayaan seseorang...apatah lagi tuk mengembalikan kepercayaan ibu bapa terhadap anaknya....ianya sukar....apakah di sini kita boleh salahkan ibu bapa kerana sukar memaafkan sang anak..??adakah kerasnya hati ibu bapa..??tidakkkk...tidakkkk.....bukan ibu bapa sukar memaafkan...bukan sebab kerasnya hati mereka....

Pernahkah kita memikirkan perasaan n hati seorang ibu n bapa bila ditipu mentah-mentah oleh sang anak...?? Pernahkah kita memikirkan betapa sukarnya hati ibu bapa yang terluka tuk berhadapan dengan sang anak dan melayannya seperti biasa..? pernahkah sang anak tersebut memikirkan demikian...??pernahkah...??...pernahkah...??

itulah hakikatnya kepercayaan...


kepercayaan yang begitu berharga dan menjadi ujian dalam hubungan keluarga dan persahabatan kadang2 diabaikan...

keseronokan dgn perasaan sehingga kita mengabaikan sebuah kepercayaan...

mungkin kita tidak menyedarinya, sehingga orang yang memberi kepercayaan itu akan terluka dan terus terluka sehingga memendamnya ats nama sebuah keluarga @ persahabatan...

kita tak pernah mensyukuri kepercayaan yang diberikan samada drp keluarga atau sahabat....

kita menganggapnya sebagai hal yang remeh dan begitu mudah kita mempermainkannya...

begitulah kita yang tak pernah menghargai sebuah kepercayaan....


maka jawapanku kpd kiriman sms td :

" hina di mata manusia xpe, jangan hina di mata Allah...sesungguhnya Allah maha pengampun terhadap hamba-hambanya yang benar2 ingin bertaubat dan berubah...insya allah kepercayaan itu akan kembali dengan izin Allah.."




Monday, January 11, 2010

mereka yang pergi...

Assalamualaikum.....

"Tidaklah seorang muslim yang wafat pada hari jum'at atau pada malam jum'at kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari siksa kubur" (HR. Ahmad)

Dalam minggu ini sahaja saya banyak menerima berita kematian sahabat-sahabat seagama..saudara mara sahabat2 dan orang2 awam yang lain...kesemuanya menemui Illahi pada tanggal hari Jumaat...

Mereka adalah antara golongan yang bertuah kerana terpilih untuk mendapat husnul khatimah.. Kita pula bagaimana???

Teringat satu teka teki dalam buku Nota Hati Seorang Lelaki oleh Ustaz Pahrol Muhd Juoi. Benda apa yang orang yang membuatnya tidak mahu memakainya. Orang yang membeli pun tidak mahu memakainya. Manakala orang yang memakianya tidak sedar dia memakainya???

Jawapannya adalah keranda. Pembuatnya tidak mahu memakainya. Pembelinya pun tidak mahu memakainya. Dan orang yang memakainya tidak sedar pun dia memakai keranda itu.

Manusia termasuk saya selalu ingat yang mati itu orang lain.

Sedang firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 185 yang bermaksud, "Setiap yang hidup pasti merasai mati."

Mudah sekali bagi bagi saya mengetip keyboard dan membicarakan soal mati. Namun tidak semudah itu pula bait-bait ayat yang ditinta ini menusuk ke dalam hati. Ahhh, itulah manusia pada hakikatnya!!!

Berita-berita kematian ini yang menjadi tazkirah buat menyiram jiwa yang alpa.

Ya Allah ampunkan dosa-dosaku dan dosa-dosa mereka!!!!

Mereka yang pergi tatkala Jumaat menjelang ini adalah juga mereka yang berdiri teguh di atas sof perjuangan dan hebat dipencak dakwah saat nyawa masih dikandung badan. Lalu mana mungkin jalan ini akan saya tinggalkan. Moga Allah thabatkan hati saya dan kamu di atas jalan ini.

Hsunul khatimah boleh dirancang kerana Allah buka ruang ikhtiar buat kita dalam hidup ini. Mereka merancang husnul khatimah mereka dengan menelusuri jalan perjuangan. Seperti Syeikh Ahmad Yassin, Ustaz Fathi Yakan dan ramai lagi tokoh mujahidin. Apa rancangan kita untuk mengejar husnul khatimah ini?

Moga menjadi renungan.

Al-fatihah buat mereka...

Sunday, January 10, 2010

tikus terbesar ditemuiiii...

Tikus terbesar ni ditemui di China dan secara tidak sengaja ditangkap oleh seorang lelaki yang dikenali sebgai Mr. Xian. Beratnya melebihi 2.72 kg dan panjangnya pulak…korang tengok la sendiri. Bila tengok tikus ni, teringat pulak citer Teenage Mutant Ninja Turtles, tikus tu sifu ninja turtle tu..hehe. Nanti aku suruh kucing paling besar pegi tangkap tikus nih.



ramai juga yang minat....