Wednesday, January 27, 2010

PRK...bermula dan berakhir...


Pilihan raya kampus ( PRK ) bermula lagi, hari ini adalah hari terakhir untuk calon-calon pimpinan GMUKM dan ASPIRASI untuk mempromotekan diri mereka dan secara tak langsung menyampaikan manifesto masing-masing...Aku sebagai seorang pelajar merangkap pengundi pada esok hari 28 Jan 2010 kat kampus UKM ni agak sedikit terkilan apabila melihat pemimpin-pemimpin yang berperangai cam bebudak..saling hentam-menghentam..fitnah-menfitnah ( ke ni memang cara berpolitik..???atau aku yang xtahu..??)..kadang-kadang terfikir plak, tak boleh ke diaorang meraih undi ngan cara berhikmah...asyik ade jek pihak-pihak yang merancang strategi kotor..tulah aku xboleh nak tuduh sebab takde bukti...tapi ade pepatah melayu cakap..kalau xde angin masakan pokok bergoyang ( ke korang nak jawab, sebab ade monyet...hahaha)

Kat cni gak aku nak ucapkan tahniah dan kagum ngan pimpinan dan anggota yang berani datang dari kolej ke kolej or dari bilik ke bilik untuk berkempen or memberi artikel ( walaupun ltk bwh pintu..ok la tu )...tapi yang aku hairan..daripada pihak yang satu lagi jz letak senarai nama calon mereka kat satu sudut di aras blok..aishhh...pelik gak aku..tak kanla diaorang tak berani nak ketuk pintu dan bagi kat penghuni kolej..??or selit bawah pintu...???...or sebab diaorang mudah sangat menang so tak payah nak susah-susah meraih undi..gitu ke..??hermmmm...agak heran disitu..

Dan hari gak, kelas aku agak padat dan memang takde masa free pun, jadi terpaksalah kami berlari-lari dari FPI ke FSSK...hari ni aku dan kawan-kawan bernasib baik sebab ada satu kelas yang habis awal...so kami ada masa untuk solat dan makan...disebabkan kelas selepas ni kat FSSK, kami ambik keputusan tuk solat dan makan kat situ...kami makan dulu then solat...nak dijadikan cerita, lepas solat kami terpaksa rush tuk ke kelas sebab dah lewat 20 minit..aduhh..gawat...aku pun terpandanglah sekelompok pimpinan ASPIRASI tengah berkumpul kat FSSK tu..nampak sumenye segak-segak...eh...yeke..??haha...dalam hati aku berkata, ermm..maybe diaorg ngah berkempen..yelah,nampak pegang kertas2 tu...sebab nak rush terpaksa la ikut jalan lain...masa ngah jalan tu aku terdengar ada suara berkata, " nak bagi gak ke kat orang pakai baju purple "..ahaa..kebetulan aku pakai tudung purple dan kawan aku sepasang purple...terasa agak lawak disitu...nasib baik aku ni bukan sejenis robot yang mengenal suara manusia...yang ni aku malas nak ulas la plak, korang pikir and tafsir sendiri la yea...oklah setakat ni saje coretan aku..kita nantikan keputusan PRK esok...pihak mane yang berjaya..nantikan...hehehe...wassalam

p/s :
1. jangan menilai orang dari luaran or dari warna pakaian yang mrk pakai...hikhik
2. undi adalah rahsia...hahaha

0 idea korang amatlah dihargai..:

Post a Comment

ramai juga yang minat....