Tuesday, January 25, 2011

sesat dalam perjalanan....


Seringkali dalam hidup ini kita mendapati diri kita sendiri kehilangan arah..

Benar bukan?? Saya tak merasa hanya saya yang mengalaminya namun perkara ini berlaku kepada hampir setiap manusia..

Kita hanyalah insan, kita pelupa..kita lemah...

Kadang kala kita dapat kembali membetulkan jalan kita dengan segera, namun sesetengah orang tak..

Mereka mengambil masa yang lama untuk kembali ke arah jalan utama, jalan yang sebenar..jalan yang selamat...

Dan dalam golongan inilah juga, terdapatnya satu puak yang kembali, dan sepuak lagi, hanyut di lautan yang tak bertepi...lautan yang tak pasti


mungkin apa yang terjadi ini boleh saya katakan kerana

hilangnya MATLAMAT iaitu sebuah tempat pergantungan...boleh juga dikatakan begitu..

Apabila manusia meletakkan matlamatnya ke arah sesuatu, ia menjadi tempat pergantungannya, yang memberikannya suatu kekuatan untuk terus berlari, berjalan, mahupun merangkak untuk mencapai matlamat tersebut...betul tak..??





p/s : dimana kita sebenarnya..kemana kita sebenarnya....???


0 idea korang amatlah dihargai..:

Post a Comment

ramai juga yang minat....