"kasih sayang dibelai kesetiaan pertautan hati dicapai dengan sama-sama berjuang hatiku dan hatimu islamlah yang mengingatkannya jiwaku dan jiwamu ALLAHlah yang mempertautkannya" "dan ketika itu tiada lagi yang terbuku segala terlerai tulus dikalbu segala-galanya terlerai demi ukhwah segala-galanya terungkai kerana mujahadah lalu di antara kita tidak ada antaranya lagi!"
"Sahabat" : Janganlah berjalan d idepanku, karena mungkin tidak dapat ku ikuti. Janganlah berjalan di belakangku, kerana mungkin aku tidak dapat menunjukkan arahnya. Berjalanlah di sisiku, dan jadilah sahabatku selalu. dedikasi UNTUKMU wahai sahabatku: sahabat... teguhkan iman taqwamu di hati taqarrubillah takhta peribadi amalmu menjadi bukti sabarmu dikagumi pasrah pada ilahi redha menghadapi mehnah rabbul 'izzati usah ditangisi takdir yang sudah pasti pengorbananmu kan disanjungi berbekalkan iman, taqwa, sabar dan redha berilmu, beramal, berkhidmat dan berjuang berkorban agar islam kan gemilang subur disirami harum mewangi engkaulah mujahidah sejati....
bicaraku....
alhamdulillah...hampir 3 tahun..
tapi benar, yg baik akan terasa singkat.
bukan kerana singkatnya masa tapi dek x pernah puas mengharapkan jasa...
bersyukur kerana mempunyai sahabat sepertimu.
biar ape jua wadah simpulan..tetap ia menjadi warkah keindahan. biar jauh terpisah namun yg jauh bukan hati dan persahabatan hanya jarak pertemuan.
Jangan lagi kau bersedih.... terluka atau pun menangis... tersenyumlah dan bangkitlah dari kesedihanmu sandarkan lah dirimu di bahu sang Pelangi yang menantimu dalam sejuta warna...
Telah lama kau bersedih...
Ya….telah lama…sangat lama mengenang kenangan lama yang tak kan kembali lagi.. yang tak perlu lagi kau pedulikan dalam hidupmu yang pernah terjadi ...biarlah berlalu ....bagai ....semilirnya angin nan lalu....
Masa hadapan adalah masa indahmu buatlah rencana yang membuatmu terpana raihlah ilmu pengetahuan setinggi langit agar kelak kau kan tersenyum cantik kembali
Masa lalu biarlah menjadi tarian indah penamu yang telah kau tarikan dengan elok dan menawan membuat sang Kancil dan sang Kijang tersenyum riang saat kau menorehkan penamu di papan yang memutih ini
Kini adalah masa kejayaanmu masa kau membahagi rasa dengan kekasih hatimu yang telah menunggumu di dinding relung hatimu saat kau tertidur lelap dan bermimpi tentang dirinya yang berharap
Jangan sia-siakan dirinya yang telah membuka hatinya untukmu yang berlari dan mengejar mimpinya untuk meraih hatimu yang selalu dipujanya setiap waktu saat dia terbangun dan saat dia tertidur dalam kelip-kelip bayang indahmu
Sambutlah kedua belah tangannya dan rangkullah hati rindunya.... bagaimanapun dia telah mendampingimu dalam keterpanaan yang halus yang selalu mengharapmu untuk kau raih dan genggam jemarinya yang hangat agar dia selalu merasakan sentuhan Rembulan mu yang terindah di hatinya....
mekarkan bunga di hatimu... dan tersenyum lah dengan senyum cantikmu yang membuatnya terpana dan terdiam saat kau membuka hatimu untuk dirinya yang memujamu selamanya....
Alhamdulillah...masih berkesempatan untuk hidup di bumi UKM ni...pejam celik...pejam dan celik lagi luas-luas..^__^... rupa-rupanya atiyyah dan kawan-kawan sudah berada di sem akhir...ya sem akhir...macam tak percaya...rasa macam masih duk dalam minggu mesra pelajar (mmp) lagi....wahahu...ayat xbley bla...(sebenarnye tak sabar nak tinggalkan UKM-jgn percaya kenyataan di atas, semua tipu belaka)...dah...dah...nak melalut lak...adoihhhh...ok..ok...stret (straight) to da point...
Dikesempatan ini Atiyyah ingin memohon ribuan n jutaan n bilionaan maaf daripada sahabat-sahabat sekalian...yea..dengan ikhlasnya...mungkin perkara ni sukar nak dituturkan dengan lisan...so atiyyah prefer secara tulisan....T_T
Atiyyah sedar mungkin dalam gurau senda kita selama tiga tahun ni membuatkan korang terasa or kecik hati, namun korang perlu tahu menda ni :
Atiyyah bukanlah insan yang perfect yang perlu kalian sanjung
Atiyyah bukanlah genius yang perlu korang rujuk
Atiyyah bukanlah orang alim yang perlu korang sujud
Atiyyah bukanlah seorang yang baik yang perlu korang contohi
Atiyyah bukanlah seorang yang perlu korang hormat
kerana
Atiyyah hanya menjadi Atiyyah
Atiyyah hanyalah seorang insan biasa
Atiyyah tetap melakukan kesalahan
Atiyyah juga banyak kesilapan
Atiyyah juga banyak kelemahan
Atiyyah akui terkadang kita terlalu leka dengan dunia kita sehingga kita tidak memperdulikan dunia orang lain dan mungkin juga Atiyyah terlalu mengikut perasaan sendiri sehinggakan tidak mempedulikan perasaan orang lain....if ada yang sebegitu...Atiyyah mohon maaf sekali lagi...sukar sekali kita nak memahami orang lain apabila diri kita sendiri pun kita tak berjaya faham lagi (psiko dr lg).....T_T
Moga sahabat-sahabat memperoleh kejayaan dalam hidup di dunia dan di akhirat utamanya...dan kawen cepat...wahahahuuhuhu.....^__^
Doa special buatmu Sahabat
Segala puji hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.
Ya Allah…
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan ramai sahabat. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tahu hanya Allah yang akan menentukan segalanya.
Ya Allah…
Walau apa pun takdirMu ke atasku ke atas sahabatku, maka disaat ini andai temanku memerlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.
Ya Allah…
Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.
Ya Allah…
Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segala baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.
Ya Allah…
Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.
Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala cubaan dan berikan kekuatan dalam menerima petunjukMu.
Ya Allah…
Kurniakanlah kepadanya jiwa yang penuh dengan taqwa dan sucikanlah dirinya. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.
Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sebaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.
Ya Allah…
Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang sahabatku rahsiakan dan apa yang diperlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.
Ya Allah…
Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang membuatkannya mencari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.
Ya Allah…
Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.
Ya Allah…
Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agung..
Ya Rabbul Izzati... bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau bahagiakan hati-hati hambaMu yang lain."
Aminnnnn...!!!
p/s: jika kita tidak lagi bertemu di dunia fana,kumohon bertemu di akhirat yang kekal abadi...^__^
p/s:2 011 American Idol castoff Chris Medina - the guy who touched everyone's hearts and possibly made us shed a little tear with his heartbreaking love story about his girlfriend who currently suffers from brain injury due to a car accident ...
Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh.....“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang sholehah,” Kumulakan war...
About me
...@tiyy@h...
rantau panjang, kelate, Malaysia
....setiap yang manis kadangkala boleh menghiris,setiap yang indah kadangkala membawa padah dan setiap yang hadir bukannya takdir,mungkin menyuruh manusia berfikir....