Friday, March 18, 2011

buatmu sahabat.....




Alhamdulillah...masih berkesempatan untuk hidup di bumi UKM ni...pejam celik...pejam dan celik lagi luas-luas..^__^... rupa-rupanya atiyyah dan kawan-kawan sudah berada di sem akhir...ya sem akhir...macam tak percaya...rasa macam masih duk dalam minggu mesra pelajar (mmp) lagi....wahahu...ayat xbley bla...(sebenarnye tak sabar nak tinggalkan UKM-jgn percaya kenyataan di atas, semua tipu belaka)...dah...dah...nak melalut lak...adoihhhh...ok..ok...stret (straight) to da point...

Dikesempatan ini Atiyyah ingin memohon ribuan n jutaan n bilionaan maaf daripada sahabat-sahabat sekalian...yea..dengan ikhlasnya...mungkin perkara ni sukar nak dituturkan dengan lisan...so atiyyah prefer secara tulisan....T_T

Atiyyah sedar mungkin dalam gurau senda kita selama tiga tahun ni membuatkan korang terasa or kecik hati, namun korang perlu tahu menda ni :

Atiyyah bukanlah insan yang perfect yang perlu kalian sanjung
Atiyyah bukanlah genius yang perlu korang rujuk
Atiyyah bukanlah  orang alim yang perlu korang sujud
Atiyyah bukanlah seorang yang baik yang perlu korang contohi
Atiyyah bukanlah seorang yang perlu korang hormat

kerana

Atiyyah hanya menjadi Atiyyah
Atiyyah hanyalah seorang insan biasa
Atiyyah tetap melakukan kesalahan
Atiyyah juga banyak kesilapan
Atiyyah juga banyak kelemahan


Atiyyah akui terkadang kita terlalu leka dengan dunia kita sehingga kita tidak memperdulikan dunia orang lain dan mungkin juga Atiyyah terlalu mengikut perasaan sendiri sehinggakan tidak mempedulikan perasaan orang lain....if ada yang sebegitu...Atiyyah mohon maaf sekali lagi...sukar sekali kita nak memahami orang lain apabila diri kita sendiri pun kita tak berjaya faham lagi (psiko dr lg).....T_T

Moga sahabat-sahabat memperoleh kejayaan dalam hidup di dunia dan di akhirat utamanya...dan kawen cepat...wahahahuuhuhu.....^__^






Doa special buatmu Sahabat


Segala puji hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.

Ya Allah…
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan ramai sahabat. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku  tahu hanya Allah yang akan menentukan segalanya.


Ya Allah…
Walau apa pun takdirMu ke atasku ke atas sahabatku, maka disaat ini andai  temanku memerlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.

Ya Allah…
Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.




Ya Allah…
Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segala baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

Ya Allah…
Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala cubaan dan  berikan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

Ya Allah…
Kurniakanlah kepadanya jiwa yang penuh dengan taqwa dan sucikanlah dirinya. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sebaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.

Ya Allah…
Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang sahabatku rahsiakan dan apa yang  diperlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi  hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.

Ya Allah…
Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang membuatkannya mencari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.

Ya Allah…
Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.

Ya Allah…
Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agung..

Ya Rabbul Izzati... bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau bahagiakan hati-hati hambaMu yang lain."

Aminnnnn...!!!





p/s: jika kita tidak lagi bertemu di dunia fana,kumohon bertemu di akhirat yang kekal abadi...^__^

0 idea korang amatlah dihargai..:

Post a Comment

ramai juga yang minat....