Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Pendidik

p/s : post untuk 16 Mei.....^__^




Selamat Hari Pendidik saya ucapkan untuk semua pendidik di 
SK Raja Perempaun Mazuin, SK Gual Sitok, SMK Gual Periok, 
SMKA Lati, SMKA Falahiah, UKM....
dan semua pendidik yang pernah hadir dalam hidup saya....
jasa dan pengorbanan yang kalian curahkan amatlah dihargai
moga sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan daripada Allah s.w.t...


pergi yang kembali atau tidak

Assalamualaikum....dah lama rasanya aku tidak mencoret sesuatu kat belog nih..iyalah..final year student...sangat-sangat bizilah (plawok..plawok..plawok..)...


Alhamdulillah akhirnya selesai juga projek ilmiah aku....inilah masa yang aku tunggu-tunggu....yea..lepas bersusah payah..berpenat lelah...berbasah-basah...akhirnya aku dah diapprove tuk hardcoverkan projek ilmiah....mungkin aku jea yang blh rasa kepuasannya...sangat puas...puasss....puas hati....(wahh terover plak ea..kikiki).

terima kasih tak terhingga kepada bukit-bukit UKM...kolej-kolej di UKM...bus stand....bus-bus....bangunan-bangunan fakulti...masjid...surau-surau...library-pustaka....nyet-munk...jalan-jalan...pakcik makcik kat library...kawan kawan satu fak...kakakak....adik-adik yang aku sayang....wawawa.....makcik-makcik cleaner.....tanpa korang siapalah aku....(apa lagi..apa lagi...)..semua-semualah...sebab sudi menerima aku sebagai penghuni kawasan bukit bukau UKM ni...bertuah sangat.....iyahhh...banyaklah suka duka kat sini....(dah xmo sambung..pendek2 sudeh)

mungkin aku pergi dari sini...kembali lagi untuk konvo..or sambung master orrrrr......etc.....atau mungkin tak dapat kembali...hanya Allah yang mengetahui....tapi aku harap aku dapat kembali...yeaa...kembali untuk penuhi satu lagi impian...impian itu...biarlah rahsia...hehhe...

oklah kawan-kawan....yang masih ada kat UKM..teruskan perjuangan.....aku yang dah habis belajar pun akan teruskan perjuangan menuntut ilmu..mungkin caranya sahaja yang berbeza....rite...sebab apa..sebab...makin lama kita belajar..makin banyak yang kita tak tahu...dan aku sendiri pun masih kurang ilmu...banyak lagi yang aku tak tahu....hmmmmm...

that's all.....len kali aku update plak pasal duk kat umah.....hehehe....esok balik kampung..yuhuuuu...V(^_^)V




mood: tak sabar nak balik carik keje......

Monday, May 9, 2011

bila "DILL" berkata-kata part 6



Ya ALLAH janganlah engkau sesatkan hati ku dengan hanya perkataan CINTA....
Ya ALLAH jangan lah engkau terbalikkan hatiku dari jalanmu hanya kerna mainan perasaan....aku lebih rela remuk kerana cintakan manusia daripada cintakan Mu


Friday, May 6, 2011

bila "DILL" berkata-kata (part 5)


...Orang yang jahat dalaman lebih teruk dari orang yang jahat luaran.. Kerana dia akan tikam kita dari belakang dan musnahkan kita tanpa kita sedar sebab dia sentiasa berpura-pura jadi seorang yang paling baik di hadapan kita.. Berhati-hati lah dengan manusia seperti ini...





 
 
p/s : pengguna berhak memilih....jangan benarkan hidup anda diselubungi misteriiiiiiiiii.......^___^

bila "DILL" berkata-kata (part 4)



.....memaafkan adalah bentuk rasa cinta yg tertinggi dan yg terindah,sebagai balasannya kita akan menerima kedamaian dan kebahagiaan yg x terhingga..kadangkala sulit membiarkan cinta membimbing kita pd saat hati kita disakiti oleh orang lain..tetapi,biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum memberi maaf....




p/s: time will heal rite....^_^

Monday, May 2, 2011

hidup tak selalu indah.....


Hidup tidak selalunya indah,langit tak selalu cerah,
suram malam tak berbintang,begitu aturan Tuhan....


kehidupan kita sebagai hamba Allah yang di kurniakan segala nikmat yang
cukup dan sempurna....sebenarnya kita adalah manusia yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan...adakala,hidup kita ini INDAH dan adakalanya  hidup kita ini penuh  DUKA....pendek kata, dalam kehidupan ini manusia tidak terlepas daripada dua perkara tersebut...


Kita perlu ingat antara sifat Allah ialah suka menguji...manusia ini tidak terlepas dari UJIAN ALLAH samada ujian itu dalam keadaan senang ataupun susah....Yang penting,kita perlu sentiasa bersyukur samada dalam keadaan SENANG ataupun SUSAH...

Allah berfirman dalam Al-Qur’an yang bermaksud:

"dan sesiapa yang bersyukur dengan nikmatku maka aku akan tambahkan nikmat mereka itu dan sesiapa yang kufur(tidak bersyukur),maka azabku amat pedih"

Allah amat suka kepada mereka yang tahu berterima kasih dan bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah dan Allah amat murka kepada mereka yang tidak tahu mensyukuri nikmat-Nya....

Mereka yang tidak tahu bersyukur adalah mereka yang kufur nikmat Allah SWT....nauzubillahminzalik

Hidup ini akan indah jika disulami dengan IMAN dan TAQWA
Ingatlah hidup ini ibarat roda
Adakala di atas dan adakala kita dibawah
hanya yang tahu menghayati erti kehidupan dengan iman dan taqwa sahaja
mampu bertahan dengan ujian Allah SWT serta tidak leka dengan kehidupan dunia...

Berdoalah agar kita sentiasa berada dalam RedhaNya…






p/s : moga aku tidak lalai dan leka dengan nikmat bahagia kurniaan ini...

ramai juga yang minat....