Monday, May 2, 2011

hidup tak selalu indah.....


Hidup tidak selalunya indah,langit tak selalu cerah,
suram malam tak berbintang,begitu aturan Tuhan....


kehidupan kita sebagai hamba Allah yang di kurniakan segala nikmat yang
cukup dan sempurna....sebenarnya kita adalah manusia yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan...adakala,hidup kita ini INDAH dan adakalanya  hidup kita ini penuh  DUKA....pendek kata, dalam kehidupan ini manusia tidak terlepas daripada dua perkara tersebut...


Kita perlu ingat antara sifat Allah ialah suka menguji...manusia ini tidak terlepas dari UJIAN ALLAH samada ujian itu dalam keadaan senang ataupun susah....Yang penting,kita perlu sentiasa bersyukur samada dalam keadaan SENANG ataupun SUSAH...

Allah berfirman dalam Al-Qur’an yang bermaksud:

"dan sesiapa yang bersyukur dengan nikmatku maka aku akan tambahkan nikmat mereka itu dan sesiapa yang kufur(tidak bersyukur),maka azabku amat pedih"

Allah amat suka kepada mereka yang tahu berterima kasih dan bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah dan Allah amat murka kepada mereka yang tidak tahu mensyukuri nikmat-Nya....

Mereka yang tidak tahu bersyukur adalah mereka yang kufur nikmat Allah SWT....nauzubillahminzalik

Hidup ini akan indah jika disulami dengan IMAN dan TAQWA
Ingatlah hidup ini ibarat roda
Adakala di atas dan adakala kita dibawah
hanya yang tahu menghayati erti kehidupan dengan iman dan taqwa sahaja
mampu bertahan dengan ujian Allah SWT serta tidak leka dengan kehidupan dunia...

Berdoalah agar kita sentiasa berada dalam RedhaNya…






p/s : moga aku tidak lalai dan leka dengan nikmat bahagia kurniaan ini...

0 idea korang amatlah dihargai..:

Post a Comment

ramai juga yang minat....