Sunday, December 11, 2011

my sweet 23...cukupkah syukurku..?

Alhamdulillah...


11 Disember 2011 (tarikh keramat kata seseorang suatu masa dahulu)
23 tahun (ikut kalendar masihi)

gerun rasa hati fikirkan terlalu banyak masa disia-siakan..

sedih mengingatkan 23 tahun yang di sia-siakan tanpa amalan menemani..

syukur atas nikmat umur yang masih diberi pinjam ini,

Syukur untuk hati ini yang masih mampu dididik dan dilenturkan jiwanya kearah kebaikan
syukur atas setiap rahmat dan nikmat Mu Ya Rabbi..



Terkadang leka menjalani kehidupan di sini sehingga lupa kehidupan di sana 
Lupa kedatangan kehidupan di sana yang pasti menanti
 Lupa menyedarkan diri kehidupan di sini hanyalah permainan dan senda gurau semata
Lupa yang umur ini hakikatnya semakin sedikit sewaktu masa semakin menginjak hari
Lupa akan dosa-dosa dahulu malah yang bakal mendatang belum tentu lagi di’hapus’kan sepenuhnya
Lupa diri mu sebenarnya adalah sama di kalangan makhluk bergelar manusia
Cuma dibezakan oleh iman dan taqwa yang dipunyai hati dan diri 
Dan yang pasti lupa akan setiap yang bernyawa pasti mati!

Hati bermonolog sendirian “Di mana aku sekarang? Sedarkah diri? Cukup kah syukurku pada Yang Hak? Hati bertingkah lagi “ Mudahnya kau bertanya akan kecukupannya sedangkan nikmat yang kau dapat, yang kau rasa, yang kau terima masih mengalir hingga saat ini, masih berjalan seiring waktu, masih tak jemu menemani bersama hela nafasmu malah masih setia dalam kehidupan ini…???”

“Wahai hati, belajarlah bersyukur acapkali atas nikmat yang diberiNya dan bersabar akan setiap ujian yang diturunkanNya, belajarlah sesuatu dari kehidupan ini moga dikuatkan iman dan hati menempuh yang fana’ untuk yang kekal abadi….” 


terima kasih ya Allah,

untuk keluarga yang sangat-sangat memahami.

untuk ayah bonda yang sering ada di sisi.

untuk kawan-kawan yang saling ingat mengingati



masa depan yang belum tentu ada lagi,

perlu difikir diplan dengan teliti,
bukan tak yakin qada' Allah tetap akan terjadi,
tapi usaha dan perancangan harus ada supaya fokus xlari.

buat semua yang mesej mengewish besday,
terima kasih,syukran,merci,

moga Allah kabulkan doa kalian sahabat-sahabat yang saya sayangi...



p/s : All praises to Allah S.W.T.....^__^

0 idea korang amatlah dihargai..:

Post a Comment

ramai juga yang minat....