If tears could build a stairway, And memories a lane, I'd walk right up to Heaven And bring you home again. Although it's difficult today to see beyond the sorrow, May looking back in memory help comfort you tomorrow.
Di antara tanda-tanda kiamat yang dikatakan Nabi SAW adalah
banyaknya terjadi pembunuhan. Orang yang membunuh tidak mengetahui apa
sebabnya ia membunuh, orang yang dibunuh tidak mengetahui apa kesalahannya
hingga ia dibunuh.
Demi Zat yang jiwaku ada di tanganNya, dunia tidak akan pergi (kiamat) hingga
datang suatu masa, di mana seseorang yang membunuh, tidak mengetahui apa
sebabnya ia membunuh, begitu juga orang yang dibunuh tidak mengetahui apa
kesalahannya (hingga ia dibunuh). Maka ada (sahabat) bertanya, "Mengapa
hal itu boleh terjadi?" Baginda menjawab, "Al-Haraj (pembunuhan),
yang membunuh dan yang dibunuh semuanya masuk neraka." (Muslim)
Keadaan ini sama terjadi dengan suasana di Syria pada hari ini. Ramai rakyatnya
dibunuh oleh pemimpinnya yang kita tidak ketahui kenapa dia ingin membunuh
rakyatnya dengan sesuka hati. Sudah ramai yang menjadi korban di tangan seorang
pemimpin Muslim yang mungkin tidak punya hati nurani yang nafsu kejahatan telah
menguasai seluruh tubuhnya. Apa yang mampu kita lakukan adalah dengan
membanyakkan berdoa dan melakukan doa qunut Nazilah seperti yang dianjurkan
oleh Nabi SAW.
Membaca doa qunut (nazilah) dalam keadaan-keadaan tertentu merupakan bantuan
berupa doa kepada sesama umat Islam. Sedangkan mendoakan musuh kaum musimin
supaya hancur telah dicontohkan dari Rasulullah SAW dengan cara berdoa
(berqunut nazilah) ketika solat, tepatnya setelah membaca sami’allahu
liman hamidah pada rakaat terakhir.
11 Disember 2011 (tarikh keramat kata seseorang suatu masa dahulu)
23 tahun (ikut kalendar masihi)
gerun rasa hati fikirkan terlalu banyak masa disia-siakan..
sedih mengingatkan 23 tahun yang di sia-siakan tanpa amalan menemani..
syukur atas nikmat umur yang masih diberi pinjam ini,
Syukur untuk hati ini yang masih mampu dididik dan dilenturkan jiwanya kearah kebaikan
syukur atas setiap rahmat dan nikmat Mu Ya Rabbi..
Terkadang leka menjalani kehidupan di sini sehingga lupa kehidupan di sana
Lupa kedatangan kehidupan di sana yang pasti menanti
Lupa menyedarkan diri kehidupan di sini hanyalah permainan dan senda gurau semata
Lupa yang umur ini hakikatnya semakin sedikit sewaktu masa semakin menginjak hari
Lupa akan dosa-dosa dahulu malah yang bakal mendatang belum tentu lagi di’hapus’kan sepenuhnya
Lupa diri mu sebenarnya adalah sama di kalangan makhluk bergelar manusia
Cuma dibezakan oleh iman dan taqwa yang dipunyai hati dan diri
Dan yang pasti lupa akan setiap yang bernyawa pasti mati!
Hati bermonolog sendirian “Di mana aku sekarang? Sedarkah diri? Cukup kah syukurku pada Yang Hak? Hati bertingkah lagi “ Mudahnya kau bertanya akan kecukupannya sedangkan nikmat yang kau dapat, yang kau rasa, yang kau terima masih mengalir hingga saat ini, masih berjalan seiring waktu, masih tak jemu menemani bersama hela nafasmu malah masih setia dalam kehidupan ini…???”
“Wahai hati, belajarlah bersyukur acapkali atas nikmat yang diberiNya dan bersabar akan setiap ujian yang diturunkanNya, belajarlah sesuatu dari kehidupan ini moga dikuatkan iman dan hati menempuh yang fana’ untuk yang kekal abadi….”
terima kasih ya Allah,
untuk keluarga yang sangat-sangat memahami.
untuk ayah bonda yang sering ada di sisi.
untuk kawan-kawan yang saling ingat mengingati
masa depan yang belum tentu ada lagi,
perlu difikir diplan dengan teliti,
bukan tak yakin qada' Allah tetap akan terjadi,
tapi usaha dan perancangan harus ada supaya fokus xlari.
buat semua yang mesej mengewish besday,
terima kasih,syukran,merci,
moga Allah kabulkan doa kalian sahabat-sahabat yang saya sayangi...
huish....awat semacam aje roommate awk tu bersembang dengan abang kandungnya kat tepon??
....ish..ish..ish awk...! ….rase lebih lembut kot suaranya dari kelembutan kuih Seri Muka... hehe.... eh...
awk ni la....baik sangka pulak...bukan abang kandung kot....abang lain kot.....hehe....tapi itu la awak,
sangat-sangat murni hati awak kan, ~menjaga & Husnudzan dalam segenap sangkaan yang muncul
kan....=)
….alamak...!!! awak pun terganggu lagi....awak rase mesti best kan mcm tu....awak terfikir lagi.. hati
mereka mesti asyik gembira aje.... terbelai, termamai, terbuai.... terBUAS...ops!....terbuas la pulak...
Ok2... awk tak suka kan kalau sampai mcm tu.....! ya!...nasib baik awk tak suka kan...
“Helloooo...!!!! I ingatkan you all dah kawin kalau dah sampai begitu cara nya!!!! grrr..grrrrrr...“ ~...wah...awk
bersuara dlm sindiran...hehe...nah! kene “seketul” dari awak... baru tau kan garangnya awak...
grrr~~.....Awk benar-benar bertegas dalam hal ni kan..kan..kan..... ! Hehe... bertambahlah tahap
kecomelan awak lagi.....bravo yea awak...(“,)
eh...sekejap....! keliru kan... bile awak tengok kawan awak tu macam sama ja dengan awk... pakaian &
penampilan mcm awak... ada “jawatan-jawatan” jugak kot.... bila berkata-kata di luar, dengan ramai-ramai...ayat-ayatnya “Islamik” bagai... ...tapi.....
.....tapi....emm....itukan fitrah....eh.... fitrah yang menjadi fitnah la!!!
.... bolehkah dia berkata lagi pada dirinya yang dia adalah : “Gadis solehah yang Comel?”.. ..
hmm...FITRAH dan FITNAH...
hmm... sabar yea awak.....sbb awak msti nak terus jadi Gadis Solehah yang Comel....kan....awak kena
jaga molek-molek diri awak tau.. sebab awak pun tau betapa BESTnya jadi Gadis Solehah ni
kan....kerana awak suka sangat-sangat dgn motivasi daripada Rasulullah... yg selalu awak sematkan
"...Carilah hatimu sewaktu membaca al-Qur'an. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru..."
....setiap yang manis kadangkala boleh menghiris,setiap yang indah kadangkala membawa padah dan setiap yang hadir bukannya takdir,mungkin menyuruh manusia berfikir....