Monday, February 22, 2010

owh wanita yang gundah gulana karena chenta..!!!


Wahai wanita-wanita solehah..Jangan risau akan jodohmu..kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan semata-mata.. Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpinmu, andai belum sampai jodohmu anggaplah bahawa lelaki yang engkau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu.. Kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya dan lelaki yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu..


Monday, February 8, 2010

Allah Knows Best...^_*

Allah knows what's best for us
So why should we complain?
We always want the sunshine
But HE knows there must be rain.

We always want the laughter
And the merriment of cheer
But our hearts will lose their tenderness
If we never shed a tear.
Allah knows best!

Allah tests often
With suffering,
pain and sorrow
He tests us not to punish us.

But to help us meet tomorrow!

For growing trees are strengthened
If they withstand the storm
And the sharp cut of the chisel
Gave the marble grace and form.

Allah tests us often
And for every pain HE gives to us
Provided we're patient
Is followed by rich again.

So whenever we feel that
everything
is going wrong

It is just Allah's way
To make our spirit's strong.


redhakanlah aku dengan ketentuanMu......

Sunday, February 7, 2010

macam tak percaya...!!!

alhamdulillah...akhirnya bilik kami terpilih sebagai bilik tercantik kategori cabutan...ahakzzz...begitu terkejutlah aku n ana...kwang3....cz kami xpernah jangka and harap pun akan menang...thanks lah kpd juri-juri...hik3

...time bilik kitaorang terpilih sebagai bilik cabutan pun kitaorang tak sangka gak...time tu..fuhh..rse malas bangatlah nak hias bilik...so kitaorg decide tuk bagi kemas jek..tak cantik takpe...nak jage name blok kitaorang gak kan...huhu...blok D da best.....

ha neh nak tunjuk ckitlah bilik ktaorang yang terpilih nehhh....( mcm nk menunjuk lak...eheee...)

ni bilik kami...hihi

ni part aku....kwang3

ni part ana....

ni hadiah.......makasih sumeeeee....^_*



p/s :
1. thanks drp aku n roomate (ana )
2. lain thn plhla kamik lagikkkk....kih3

Friday, February 5, 2010

Empat Perkara Yang Membawa Kebahagiaan

Berbahagialah mereka yang mendapat 4 perkara tersebut sebagaimana yang di nyatakan oleh rasulullah s.a.w:

اربع من السعادة: المرأة الصالحة والمسكن الواسع والجار الصالح والمركب الهنئز

maksubnya: empat perkara yang membawa kebahagian, wanita yang salehah, rumah yang lapang, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.

oleh itu....

..carilah wanita yang salehah sebagai pasangan hidupmu.....

..milikilah rumah yang selesa sebagai tempat pelindung harimu.....

..selidikilah jiranmu kerna jiran yang baik adalah pelindungmu dikala kamu susah.....

..usahalah memiliki kenderaan yang selesa kerana ia akan membahagiakan keluargamu dalam perjalanan......

apa-apapun... keredhaan allahlah yang kamu cari... bukan keredhaan dunia dan makhluk yang lain..

Wednesday, January 27, 2010

PRK...bermula dan berakhir...


Pilihan raya kampus ( PRK ) bermula lagi, hari ini adalah hari terakhir untuk calon-calon pimpinan GMUKM dan ASPIRASI untuk mempromotekan diri mereka dan secara tak langsung menyampaikan manifesto masing-masing...Aku sebagai seorang pelajar merangkap pengundi pada esok hari 28 Jan 2010 kat kampus UKM ni agak sedikit terkilan apabila melihat pemimpin-pemimpin yang berperangai cam bebudak..saling hentam-menghentam..fitnah-menfitnah ( ke ni memang cara berpolitik..???atau aku yang xtahu..??)..kadang-kadang terfikir plak, tak boleh ke diaorang meraih undi ngan cara berhikmah...asyik ade jek pihak-pihak yang merancang strategi kotor..tulah aku xboleh nak tuduh sebab takde bukti...tapi ade pepatah melayu cakap..kalau xde angin masakan pokok bergoyang ( ke korang nak jawab, sebab ade monyet...hahaha)

Kat cni gak aku nak ucapkan tahniah dan kagum ngan pimpinan dan anggota yang berani datang dari kolej ke kolej or dari bilik ke bilik untuk berkempen or memberi artikel ( walaupun ltk bwh pintu..ok la tu )...tapi yang aku hairan..daripada pihak yang satu lagi jz letak senarai nama calon mereka kat satu sudut di aras blok..aishhh...pelik gak aku..tak kanla diaorang tak berani nak ketuk pintu dan bagi kat penghuni kolej..??or selit bawah pintu...???...or sebab diaorang mudah sangat menang so tak payah nak susah-susah meraih undi..gitu ke..??hermmmm...agak heran disitu..

Dan hari gak, kelas aku agak padat dan memang takde masa free pun, jadi terpaksalah kami berlari-lari dari FPI ke FSSK...hari ni aku dan kawan-kawan bernasib baik sebab ada satu kelas yang habis awal...so kami ada masa untuk solat dan makan...disebabkan kelas selepas ni kat FSSK, kami ambik keputusan tuk solat dan makan kat situ...kami makan dulu then solat...nak dijadikan cerita, lepas solat kami terpaksa rush tuk ke kelas sebab dah lewat 20 minit..aduhh..gawat...aku pun terpandanglah sekelompok pimpinan ASPIRASI tengah berkumpul kat FSSK tu..nampak sumenye segak-segak...eh...yeke..??haha...dalam hati aku berkata, ermm..maybe diaorg ngah berkempen..yelah,nampak pegang kertas2 tu...sebab nak rush terpaksa la ikut jalan lain...masa ngah jalan tu aku terdengar ada suara berkata, " nak bagi gak ke kat orang pakai baju purple "..ahaa..kebetulan aku pakai tudung purple dan kawan aku sepasang purple...terasa agak lawak disitu...nasib baik aku ni bukan sejenis robot yang mengenal suara manusia...yang ni aku malas nak ulas la plak, korang pikir and tafsir sendiri la yea...oklah setakat ni saje coretan aku..kita nantikan keputusan PRK esok...pihak mane yang berjaya..nantikan...hehehe...wassalam

p/s :
1. jangan menilai orang dari luaran or dari warna pakaian yang mrk pakai...hikhik
2. undi adalah rahsia...hahaha

Sunday, January 17, 2010

Berharganya sebuah KEPERCAYAAN.....

Bismillahirahmanirrahim....

Agak lama aku tak mencoret sesuatu di sini...mungkin disebabkan kekangan masa..kelas aku yang bermula pagi dan habis petang...so malam plak menghabiskan masa wt homework ( erm..ye ke..??) sehari suntuk letih, so xde idea la tuk mempublish sumethng lam blog...urmmm..

Hari ni aku ada sesuatu nak kongsi ngan korang...semalam aku ada menerima kiriman sms daripada seseorang yg berbunyi....

" hina sangatkah aku???boleh kau bagitaw aku???? "

Aku terkelu..terkeliru...fikiran celaru dan buntu....xtahu pe yang perlu aku jawab...mungkin korang tertanya2 apa kesalahan n kesilapan si pengirim sms..sehingga dia mengirimkan sms begitu...itulah..pepatah ada mengatakan..terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya...tapi seseorang ni terlajak perbuatan...perbuatan yang membuang sama sekali kepercayaan org tua terhadapnya....so cmne..??aku pun xde jawapannye....

Apa yang aku boleh katakan, amat susah untuk mengembalikan kepercayaan seseorang...apatah lagi tuk mengembalikan kepercayaan ibu bapa terhadap anaknya....ianya sukar....apakah di sini kita boleh salahkan ibu bapa kerana sukar memaafkan sang anak..??adakah kerasnya hati ibu bapa..??tidakkkk...tidakkkk.....bukan ibu bapa sukar memaafkan...bukan sebab kerasnya hati mereka....

Pernahkah kita memikirkan perasaan n hati seorang ibu n bapa bila ditipu mentah-mentah oleh sang anak...?? Pernahkah kita memikirkan betapa sukarnya hati ibu bapa yang terluka tuk berhadapan dengan sang anak dan melayannya seperti biasa..? pernahkah sang anak tersebut memikirkan demikian...??pernahkah...??...pernahkah...??

itulah hakikatnya kepercayaan...


kepercayaan yang begitu berharga dan menjadi ujian dalam hubungan keluarga dan persahabatan kadang2 diabaikan...

keseronokan dgn perasaan sehingga kita mengabaikan sebuah kepercayaan...

mungkin kita tidak menyedarinya, sehingga orang yang memberi kepercayaan itu akan terluka dan terus terluka sehingga memendamnya ats nama sebuah keluarga @ persahabatan...

kita tak pernah mensyukuri kepercayaan yang diberikan samada drp keluarga atau sahabat....

kita menganggapnya sebagai hal yang remeh dan begitu mudah kita mempermainkannya...

begitulah kita yang tak pernah menghargai sebuah kepercayaan....


maka jawapanku kpd kiriman sms td :

" hina di mata manusia xpe, jangan hina di mata Allah...sesungguhnya Allah maha pengampun terhadap hamba-hambanya yang benar2 ingin bertaubat dan berubah...insya allah kepercayaan itu akan kembali dengan izin Allah.."




Monday, January 11, 2010

mereka yang pergi...

Assalamualaikum.....

"Tidaklah seorang muslim yang wafat pada hari jum'at atau pada malam jum'at kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari siksa kubur" (HR. Ahmad)

Dalam minggu ini sahaja saya banyak menerima berita kematian sahabat-sahabat seagama..saudara mara sahabat2 dan orang2 awam yang lain...kesemuanya menemui Illahi pada tanggal hari Jumaat...

Mereka adalah antara golongan yang bertuah kerana terpilih untuk mendapat husnul khatimah.. Kita pula bagaimana???

Teringat satu teka teki dalam buku Nota Hati Seorang Lelaki oleh Ustaz Pahrol Muhd Juoi. Benda apa yang orang yang membuatnya tidak mahu memakainya. Orang yang membeli pun tidak mahu memakainya. Manakala orang yang memakianya tidak sedar dia memakainya???

Jawapannya adalah keranda. Pembuatnya tidak mahu memakainya. Pembelinya pun tidak mahu memakainya. Dan orang yang memakainya tidak sedar pun dia memakai keranda itu.

Manusia termasuk saya selalu ingat yang mati itu orang lain.

Sedang firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 185 yang bermaksud, "Setiap yang hidup pasti merasai mati."

Mudah sekali bagi bagi saya mengetip keyboard dan membicarakan soal mati. Namun tidak semudah itu pula bait-bait ayat yang ditinta ini menusuk ke dalam hati. Ahhh, itulah manusia pada hakikatnya!!!

Berita-berita kematian ini yang menjadi tazkirah buat menyiram jiwa yang alpa.

Ya Allah ampunkan dosa-dosaku dan dosa-dosa mereka!!!!

Mereka yang pergi tatkala Jumaat menjelang ini adalah juga mereka yang berdiri teguh di atas sof perjuangan dan hebat dipencak dakwah saat nyawa masih dikandung badan. Lalu mana mungkin jalan ini akan saya tinggalkan. Moga Allah thabatkan hati saya dan kamu di atas jalan ini.

Hsunul khatimah boleh dirancang kerana Allah buka ruang ikhtiar buat kita dalam hidup ini. Mereka merancang husnul khatimah mereka dengan menelusuri jalan perjuangan. Seperti Syeikh Ahmad Yassin, Ustaz Fathi Yakan dan ramai lagi tokoh mujahidin. Apa rancangan kita untuk mengejar husnul khatimah ini?

Moga menjadi renungan.

Al-fatihah buat mereka...

ramai juga yang minat....