

Bismillahirrahmanirrahim......
Mungkin kita memahami pengertian hijrah itu semata-mata berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain sebagaimana Rasulullah s.a.w berhijrah dari Mekah ke Madinah. kefahaman bahawa hijrah Rasulullah s.a.w itu hanyalah semata-mata untuk memperolehi kesenangan dan mengelakkan penderitaan, adalah tidak ubah seperti pendapat orientalis Barat.
Antara dakwaan mereka ialah hijrah itu berlaku disebabkan rasulullah s.a.w tidak lagi popular di kalangan masyarakat Arab Mekah. Maka sebab itulah Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah bertujuan untuk mencari peminat. Konsep Hijrah seperti itu tidak mungkin benar bagi orang yang ingin mencari jaminan hidup berupa kebendaan yang lebih baik.
Sebenarnya hijrah membawa pengertian yang luas, keluar dari medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas dan ia adalah pemisah di antara yang hak dengan yang batil. ia juga merangkumi perpindahan kepada hidup yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredhaan dari Ilahi.
Tanpa sifat-sifat sanggup berhijrah, mustahil kejayaan akan tercapai dan kemajuan ummah tidak akan terhasil. Islam tidak menyuruh kita berdiam diri dan menunggu Tuhan memberi sesuatu kepada kita tanpa berusaha. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Ar-Ra'd ayat 11 yang bermaksud :
" Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri "
Apabila umat Islam memiliki inisiatif untuk mengubah keadaan mereka sendiri, maka pertolongan Allah pasti datang. Allah akan mengubah keadaan mereka dari kehinaan dan kerendahan kepada kemuliaan dan ketinggian. Dari keadaan yang kurang maju kepada keadaan yang lebih maju dan berjaya. Pertolongan Allah s.w.t akan tiba apabila umat Islam sanggup membela agama Allah. Ini dibuktikan oleh firman Allah s.w.t dalam surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud :
" Wahai orang-orang Yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."
Allah s.w.t membekalkan kita dengan cukup kelengkapan untuk menjadi manusia yang boleh berdikari dan berikhtiar dalam menentukan arah kehidupan. Kita dibekalkan dengan peralatan yang membolehkan kita memasuki dan merubah segala apa yang ada di sekeliling kita dan juga apa yang ada di dalam minda, pemikiran, persepsi, kesedaran dan emosi.
Jadi.....bila kita nak HIJRAH....?????
p/s : apa yang aku perlu ubah dalam diri ini....gigit jari tanya hati..^_^
Please switch off mobile," pesan Pak Imam.
Allahuakbar. Takbir memisahkan kita dengan dunia luar. Kita kini sedang membuat persembahan. Persembahan kepada Allah s.w.t.
Tet..tet..tet..
"Ya Allah ringtone siapa la pula ni," hatiku mendengus kemarahan.
Tet..tet..tet..
Masih berbunyi.
Tet..tet..tet..
"Ya Allah..taknak off lagi tu.." memang mencabar keimanan.
Bukankah baru sekejap tadi Imam memberi peringatan. Ada juga manusia yang kurang faham. Geram!
Demikian peristiwa yang bukan sekali tapi acap kali berulang. Banyak manapun pesanan oleh Imam, tetap ada yang degil dan keras kepala.
Ini adalah refleksi kehidupan manusia. Jika dibaca dan direnung kitab Allah s.w.t, terlalu banyak peringatan yang diberikan. Namun menariknya, manusia tetap tidak mempedulikannya.
Ironinya sekiranya mereka menghadiri majlis-majlis keraian orang besar-besar seperti majlis bersama raja-raja, tahu pula mereka etika berbicara. Tahu pula adat bersama orang hebat. Tapi bila hendak menghadap Allah s.w.t, tidak mengapa, Allah Maha Mengetahui.
Suatu hari aku bersembang dengan Mr. X. Kami berbincang tentang perkara yang sama. Cuba mencari punca masalah.
"Kita membuat keputusan bukan menggunakan akal. Tapi hati. Ramai orang hatinya mati. Maka gunakanlah banyak logik akal sekalipun, tidak menjadi. Yang kena guna adalah logik hati!"
Logik hati?
Tidak pernah kudengar istilah logik hati ini. Hari ini dalam sejarah gamaknya. Aku tersenyum.
"Logik hati ni bagaimana pula?" aku bertanya.
nak tahu jawapannya bacalah artikel asal ni...Logik Akal Logik Hati
Saat mana seorang insan jatuh cinta, benda yang 1st difikirkan, macam mana nak tekel si dia. Nanti-nanti kad merah, sedih la pula. Disana keberanian akan memainkan peranan, bagaimana caranya untuk menambat hati si dia. Orakan langkah selalunya bermula dengan perkenalan, dan disana keadaan memainkan peranan. Tatkala kebetulan dijadikan sandaran, peluang sentiasa dinantikan, untuk dijadikan kesempatan, untuk menawan hati pasangan. Yes! Bagi yang dapat, tapi hampa dan kecewa jika ditolak. Persoalannya, apakah yang dicari olehmu wahai kawan? Girlfriend or Isteri?
Saat si jejaka melafazkan “Saya amat mencintaimu” atau “I Love You”, adakah ayat itu dilafazkan untuk menjadikan si dia Girlfriend? Pasti selalunya akan berkata “Ya, saya cintakan dia, dan saya nak jadikan dia kekasih saya”. Sekali lagi persoalannya, adakah sekadar Girlfriend? “Tidak, saya pasti mengahwininya nanti, kerana dialah segalanya buat saya”. Ingatlah wahai lelaki, carilah pasangan untuk menjadi Isteri, bukannya Girlfriend, kerana hatimu itu hanya untuk Isteri, bukan untuk Girlfriend. Lakukanlah dengan cara yang diredhainya,yakni tawan hatinya untuk menjadikannya Isteri, dengan meminangnya, bukan proposal kapelmu itu.
Saat si gadis mendengar ayat “Saya amat mencintaimu” atau “I Love You” dari si jejaka, adakah dirimu ingin menerimanya sebagai Boyfriend? Pasti selalunya berkata “Ya, saya juga punya rasa sepertinya, dan saya amat bahagia berada disampingnya”. Sekali lagi persoalannya, adakah sekadar Boyfriend? “Tidak, saya akan meminta dia mengahwini saya, kerana saya yakin dia mencintai saya, pasti ingin mengahwini saya”. Ingatlah wahai wanita, terimalah lelaki untuk menjadi suamimu, kerana hatimu bukan untuk Boyfriend, tetapi untuk suami. Lakukanlah dengan cara yang baik, dengan katakan padanya, andai ingin dirimu menerimanya, maka mintalah dia lakukan pada jalan yang diredhainya dan jika anda menolaknya, pastikan anda tidak menolak lelaki yang dirimu ketahui perilaku dan agamanya baik bagimu.
Wahai lelaki dan wanita, terciptanya pasangan adalah untuk menjadi Suami atau Isteri, bukan Boyfriend atau Girlfriend, dan jika ingin mendapat yang terbaik, maka jadikanlah dirimu baik juga, insyaAllah, semuanya baik-baik sahaja, semoga berjaya mencari Suami dan Isteri yang terbaik buatmu.
“Tengok ni. Ish… ngeri sungguh!” kata Abu.
“Pergh… sampai patah dua pinggang dia. Mesti mati punya tu!” ulas Ali pula.
“Aku pernah tengok accident lebih kurang macam ni. Memang termuntah aku dibuatnya” Ali menyambung cerita.
Mereka berdua tercegat di hadapan skrin komputer menonton klip video yang memaparkan imej seorang lelaki yang badannya terlipat dua dan berlumuran darah kerana digilis sebuah lori besar. Pemandangan yang sepatutnya amat mengerikan itu, tanpa disedari berubah menjadi satu bentuk keseronokan dan kepuasan hingga tanpa bertangguh, Abu segera menekan butang share di rangkaian halaman sosial Facebook beliau agar pemandangan ngeri itu boleh ditonton oleh orang lain pula.
Tabiat ini juga membabitkan foto-foto anak kecil di Palestin yang hilang separuh kepala akibat letupan bom, atau imej wanita di sebuah negara direjam dengan batu bata hingga berkecai muka dan kepalanya. Siri ini berterusan tanpa henti.
Ada garis pemisah yang halus di antara sisi baik keadaan ini, dengan sisi buruknya. Ramai di kalangan pengguna internet menyebarkan foto dan klip video seperti ini dengan tanggapan bahawa ia adalah materi yang berkesan untuk menimbulkan kesedaran.
Ingat mati.
Bersyukur dengan keselamatan.
Mengambil iktibar.
Bertaubat.
Semua itu mewarnai lapisan pertama motif mengapa mereka gemar kepada bahan-bahan yang mengerikan seperti ini.
Tetapi ketika mana perbuatan menonton dan menyebar bahan sebegini berubah menjadi seperti suatu ketagihan, ia bukan lagi sebuah keprihatinan. Sebaliknya ia berubah menjadi penyakit mental!
‘Keinsafan’ yang dirasai itu bukan lagi sebuah keinsafan, sebaliknya kepuasan luar biasa, hasil melihat dan mengulang lihat foto serta imej yang ngeri itu...
Berhati-hatilah kawan-kawan..renungan untuk semua...untuk bacaan selanjutnya di Saifulislam
Blog Design by Gisele Jaquenod