Tuesday, December 14, 2010

Aku wanita BIASA.....( T_T )

Setiap manusia yang Allah jadikan pasti akan menerima ujian. Hidup ini pun sudah 1 ujian, dan tidak ada yang terkecuali menerima ujian. Berat dan ringan sesuatu ujian sesuai dengan kesanggupan seseorang itu untuk memikulnya.




"Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan….Surah al-Anbiyaâ, ayat 35)


Tergerak di hati apabila kerap kali membaca status seseorang mengenai CINTA...em… Apa itu cinta? Pasti ramai yang akan berkata, cinta itu buta, cinta itu indah, dan sebagainya. Cinta itu sendiri sebenarnya sangat subjektif. Sukar nak digambarkan dengan kata-kata,sukar dihuraikan dengan ayat..


Bila orang bertanya, mengapa pilih dia? Jawapannya, ialah tiada jawapan kerana itulah perasaan yang Allah hadirkan dalam diri. Terlalu misteri...terlalu abstrak.. Ada yang cinta kerana nafsu, kerana paras rupa dan kerana harta benda. Moga cinta yang Allah hadirkan dalam diri kita adalah kerana Allah Ta'ala, yakni cinta yang berlandaskan syariat.


Tapi….seringkali PEJUANG tewas dengan cinta sesama manusia. Kecewa dengan cinta makhluk. Dalam diri seorang pejuang, istilah kecewa dengan cinta sesama makhluk tidak ada dalam kamus hidupnya. Jika benar anda mengaku sebagai pejuang, bangkitlah semula. Jangan terus kecundang. Dunia ini adalah medan perjuangan kita, pentarbiyyahan dalam diri kita.


Diriku juga bukanlah seorang yang sempurna, aku tidak mendambakan lelaki sehebat Saidina Ali kerana aku bukanlah sebaik Siti Fatimah. Aku tidak mendambakan mahligai indah, rupa menawan seperti Yusuf, harta menggunung tinggi. tapi cukuplah sekadar seseorang yang mampu menjadi suami dan ayah kepada anak-anakku kelak. Yang mampu berganding bahu dan bersama-samaku meneruskan perjuangan Rasulullah s.aw. Tidak perlu bersusah payah untukku kerana cukuplah apa yang ku impikan.



Jangan berkata 'tidak layak' untukku, jangan sesekali mengatakannya kerana aku bukanlah wanita yang ingin dipuja melambung tinggi dan aku hanyalah wanita biasa. Kita bernafas dengan udara yang sama, kita berpijak di bumi yang sama dan kita juga menyembah tuhan yang sama. Dia boleh berkata dan meluahkan rasa hatinya, tapi adakah dia tahu apa yang aku inginkan? Adakah dia tahu apa yang aku mahukan? Adakah aku tiada hak untuk meluahkannya? Cinta dan perasaan bukan untuk dipersendakan kerana ia bermain2 dengan jiwa. Jika jiwa rapuh dan goyah, rapuhla ia bersama2 dengan cintanya. Jika jiwanya kuat dan tabah, pasti dia akan merangkak2 mencari cinta Ilahi.


Berilah peluang kepada diri masing2 seadanya, hindarkan dari terlalu suka bersangka2 kerana itulah puncanya hati mula rapuh. Bukan ku pinta seseorang seperti Nabi Muhammad s.a.w, tapi cukuplah dia berusaha untuk menjadi seperti baginda kerana aku juga mengharapkan dia dapat menggapai tanganku dan mendidikku untuk berusaha menjadi Siti Khadijah. Pimpinlah aku, sambutlah tanganku andai aku jatuh kerana aku masih seorang wanita biasa...(T_T)..







(T______T)


Wednesday, December 8, 2010

setelah 13 tahun......

Bismillahirrahmanirrahim.....

ni entry ringkas jea...letih sangat ni..baru balik dari oliday...tp tak sabar nak coretkan sumtim...okey..hmmm..setelah 13 tahun berlalu...7/12/2010 - 8/12/2010...aku sekeluarga telah pergi beroliday kat Perak..tujuan utama...untuk kutip ( nak gunakan jugak perkataan ni ) kenangan kami 13 tahun dahulu....waaahhhh...lame bebenor tak g sne...memang banyak perubahan...terutama tempat kami tinggal dulu..banyak rumah-rumah dah tumbuh..erkk..tumbuh ke..tak kisah lah....walaupun dua hari satu malam jea..tp kami tetap hepi..hepi + gumbira + suka = puassss.....tak tergambar gembiranya kami...tapi yang jelas gembiranya...abah dan ma aku...hehehe...tak nak citer la part neh...kikiki..oklah..layan jea gambor2 nih......zasssssss....^__^


p/s : abaikan tarikh kat pic tu...lupe nak setting balik...

Yang disayangi...

kat Kuala Kangsar

ngeee.....

kat tebing sungai Kuala Kangsar

haaaaa......


ada lagi...tunggu yea....hehehhee......k..tatatutu

Monday, December 6, 2010

Bila nak Hijrah...????

Bismillahirrahmanirrahim......


Mungkin kita memahami pengertian hijrah itu semata-mata berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain sebagaimana Rasulullah s.a.w berhijrah dari Mekah ke Madinah. kefahaman bahawa hijrah Rasulullah s.a.w itu hanyalah semata-mata untuk memperolehi kesenangan dan mengelakkan penderitaan, adalah tidak ubah seperti pendapat orientalis Barat.


Antara dakwaan mereka ialah hijrah itu berlaku disebabkan rasulullah s.a.w tidak lagi popular di kalangan masyarakat Arab Mekah. Maka sebab itulah Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah bertujuan untuk mencari peminat. Konsep Hijrah seperti itu tidak mungkin benar bagi orang yang ingin mencari jaminan hidup berupa kebendaan yang lebih baik.


Sebenarnya hijrah membawa pengertian yang luas, keluar dari medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas dan ia adalah pemisah di antara yang hak dengan yang batil. ia juga merangkumi perpindahan kepada hidup yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredhaan dari Ilahi.


Tanpa sifat-sifat sanggup berhijrah, mustahil kejayaan akan tercapai dan kemajuan ummah tidak akan terhasil. Islam tidak menyuruh kita berdiam diri dan menunggu Tuhan memberi sesuatu kepada kita tanpa berusaha. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Ar-Ra'd ayat 11 yang bermaksud :

" Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri "


Apabila umat Islam memiliki inisiatif untuk mengubah keadaan mereka sendiri, maka pertolongan Allah pasti datang. Allah akan mengubah keadaan mereka dari kehinaan dan kerendahan kepada kemuliaan dan ketinggian. Dari keadaan yang kurang maju kepada keadaan yang lebih maju dan berjaya. Pertolongan Allah s.w.t akan tiba apabila umat Islam sanggup membela agama Allah. Ini dibuktikan oleh firman Allah s.w.t dalam surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud :

" Wahai orang-orang Yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."


Allah s.w.t membekalkan kita dengan cukup kelengkapan untuk menjadi manusia yang boleh berdikari dan berikhtiar dalam menentukan arah kehidupan. Kita dibekalkan dengan peralatan yang membolehkan kita memasuki dan merubah segala apa yang ada di sekeliling kita dan juga apa yang ada di dalam minda, pemikiran, persepsi, kesedaran dan emosi.



Jadi.....bila kita nak HIJRAH....?????







p/s : apa yang aku perlu ubah dalam diri ini....gigit jari tanya hati..^_^


Saturday, November 27, 2010

Logik akal....logik Hati

Please switch off mobile," pesan Pak Imam.

Allahuakbar. Takbir memisahkan kita dengan dunia luar. Kita kini sedang membuat persembahan. Persembahan kepada Allah s.w.t.

Tet..tet..tet..

"Ya Allah ringtone siapa la pula ni," hatiku mendengus kemarahan.

Tet..tet..tet..

Masih berbunyi.

Tet..tet..tet..

"Ya Allah..taknak off lagi tu.." memang mencabar keimanan.

Bukankah baru sekejap tadi Imam memberi peringatan. Ada juga manusia yang kurang faham. Geram!

Demikian peristiwa yang bukan sekali tapi acap kali berulang. Banyak manapun pesanan oleh Imam, tetap ada yang degil dan keras kepala.

Ini adalah refleksi kehidupan manusia. Jika dibaca dan direnung kitab Allah s.w.t, terlalu banyak peringatan yang diberikan. Namun menariknya, manusia tetap tidak mempedulikannya.

Ironinya sekiranya mereka menghadiri majlis-majlis keraian orang besar-besar seperti majlis bersama raja-raja, tahu pula mereka etika berbicara. Tahu pula adat bersama orang hebat. Tapi bila hendak menghadap Allah s.w.t, tidak mengapa, Allah Maha Mengetahui.

Suatu hari aku bersembang dengan Mr. X. Kami berbincang tentang perkara yang sama. Cuba mencari punca masalah.

"Kita membuat keputusan bukan menggunakan akal. Tapi hati. Ramai orang hatinya mati. Maka gunakanlah banyak logik akal sekalipun, tidak menjadi. Yang kena guna adalah logik hati!"

Logik hati?

Tidak pernah kudengar istilah logik hati ini. Hari ini dalam sejarah gamaknya. Aku tersenyum.

"Logik hati ni bagaimana pula?" aku bertanya.



nak tahu jawapannya bacalah artikel asal ni...Logik Akal Logik Hati





p/s :jd kan hati kami mencintai segala perintahMu...
jadikan hati kami membenci segala yang dilarang olehMu...
sucikan hati kami dr sifat2 mazmumah...
dan hiasi hati kami dgn sifat2 mahmudah.....aminnn

Tuesday, November 16, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


Assalamualaikum.....

Alhamdulillah kita akan bersama-sama meraikan hari yang penuh bermakna esok...Hari Raya AidilAdha.Hari yang penuh dengan pengorbanan, keikhlasan, perjuangan, dan ketulusan..



Kita juga disyariatkan untuk mengerjakan Haji di Makkah..Alhamdulillah bagi yang telah berjaya sampai ke sana...bagi yang tak pernah ke sana, adakah kita mempunyai matlamat dan usaha..??? untuk sampai ke sana menunaikan Haji, sesuai dengan syariat Islam...



Akhir kata saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat semua umat Islam..moga perjuangan dan pengorbanan kita mendapat keredhaanNya...aminnn....

Friday, November 12, 2010

cuti untuk menambah lemak....???

Bismillahirrahmanirrahim.....





1. blaja jahit baju kurung........^__*






2. blaja kete.........^__^







3. habiskan baca buku yang dibeli........*__^








4. cari bahan untuk tesis.........@__@











inilah misiku dikala cuti ini....moga tercapai sume.....kikikiki




p/s : mlm ni dapat tahu kawan aku excident ngan treler....Ya Allah...selamatkanlah mereka...mohon sahabat2 mendoakan mereka juga....

Thursday, November 11, 2010

berakhir atau bermula sebenarnya....


P/s: Perhatian...entry ini memerlukan anda membelit-belitkan lidah..menjuling-julingkan mata..serta membesar-besarkan telinga....


Alhamdulillah....

Habes sudah exam final buat sem ni....tnggu exam tuk sem depan pulok..kikiki....em nak kato berakhir..macey baru bermula jek...tesis tok start wat lagi...tinggal satu sem lagi kat unibercity neh...macey xcayo jah...tp percayalah..katonye datuk Siti....


Kepado kengkawan hok kelik kapung..hati2 time nak kelik nati, jaga diri anda..beg anda..laptop anda..barang anda...n anda anda anda....hehehe...shaye pom balik kapung gak...hbs exam hari ni..kelik trus malam nih...pakat2 doa lah bia selamat samapai belako di kg halamey....jupo ore tersaye...ehek3....betapa kempuanan nye shaye nak tgk masyarakat masyarakat kat kapung shaye...tapi hakikat ni jangey cayo la sangat deh...


kepado saim2 hok tok kelik kapung ko rumoh ko....bakpo tok kelik nyo...????jangey rajim sangat la nok wat tesis tuh..lamo key tak dok kijo nok wak pulok sem depey...ehek3..ni pesanan dari penaja ubat gigi cap jalan tar..kekekeke...

Oklah...sekian daripado ambo..tak dok ideo doh..nk nyipe ckit lagi...nak cek tenket ado ko dok...nk cek bare cukup ko dok...hohh..banyoklah....ehek3...ok..tattataa...jupo sem depey saim2 ku....
Insya Allah....





p/s : moga entry ini bukan yang terakhir bagiku.....erm..rizak tubik bilo erk..??? ^___^



Saturday, October 23, 2010

Pernah ke..??


Assalamualaikum.....

Selamat hari sabtu sume...selamat pagi...ngee..lagi 4 hari nk exam..fuhh..debaran makin terasa..tapi untuk post ni bukan tang tu yang aku nak cite....

TENSION...STRESS...haaa..ni baru cite dia...agak sinonim time exam nih..btui tak...tapi aku...aku rasa aku xpernah tension..ye ke...??hehhehe


hmmm...time nak exam aku cool..time nak jawab paper exam aku cool..time dapat result pun aku cool..time nikah pun aku cool (weyh cam penah kawen plak..gataiii)..papehal pun..memang aku sentiasa cool...tapi sebenarnye perasaan cool nilah yang kadang-kadang menghantui aku...huhuhu...aku rasa ni lebih truk dari orang yang betul2 tunjuk ketensionan mereka...aduihhh...aku tak pandai nak mempamerkan ketensionan n kestresan...begitukahhh..??(pakar-pakar motivasi sila jawab...yg bukan senyap sudeh)...:(


aku pernah ditanya camne nak hilang kan perasaan gitu...a.k.a tension/stress :

( ini bukan formula menghilangkan stress...dilarang meniru aksi ini )....1st Of course pempuan..nangis la..huhu..laki pn ade yg nangis kan..kwang3...atauwopung...masuk bathroom,bukak air kuat-kuat then nangis puas-puas..dah lega baru kuar..slagi xlega jgn kuar...hmmm..kadang-kadang cara ni xmasyuk sgt...so da best way...mengadulah pada DIA yang maha mendengar...of course lega habis..then baca quran..insya Allah..legalah hati yang gundah gulana or yg sebapa n seibu dgnnya...korang camne..??share ckit...^__^

oklah..basuh kain time..cukuplah celoteh pagi ni...ok..wassalam..




p/s : ada sesuatu di antara ruang waktu iaitu saling merindu...:)

Monday, October 18, 2010

Dah dekat sangat....!!!




Debaran next week....

Selamat Berjuang kepada diriku dan sahabat2 sume...

Bittaufiq wa najah...^__^






p/s : nantikan update jadual exam sy...ehek3..

Sunday, October 17, 2010

Aku dan Encik Kum....pengakuan yang tulus ikhlas...

Assalamualaikum....

Alhamdulillah...dapat juga aku membelog ckit di sini...walaupun esok aku ada mid..2 subjek okeYyy..!!!...okeh..berbalik kepada post belog aku nih...tiba saatnya aku memperkenalkan 'seseorang' yang agak serasi..sejiwa...se...se...n se...yg sama dgn aku...iaitu Encik Kum...yeahhhh...post berani mati ni sebenarnya..

Encik Kum...hmmm..gelaran manja yang aku dapat berikan untuk beliau...'seseorang' yang banyak mengajar aku tntg hidup...mendorong aku untuk berjaya...beri semangat lagilah...beliau yang agak2 lemah pun..masih bersemangat tuk teruskan hidup..walaupun pernah beberapa kali terjatuh..terbangun..tertiarap...n kadang-kadang dia juga memerlukan pertolongan aku...namun dia memang berjasa dlm idup aku...aduihhh..banyaklah..sampai tak tertulis jasa n pengorbanan beliau...thanks Encik Kum..thanks sangat2...sayang kamoo....^__^

Rasanya ramai yg nak dengar pengakuan ni kan...walaupun berat hati tuk aku wat pengakuan ala-ala artis nih...aku rasa dh sampai masanya...lagipun aku nih da third year kan...hehhee...

oklah...menperkenalkan Encik Kum yang terSAYANG....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
bawah lagi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
lagi ( saba ea, perlu suspen ckit )
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





ni dia Encik Kum...thanks kerana..kaulah inspirasiku....ehek3..



saat Encik Kum jatuh terbalik.....cian die..


SEKIAN....




p/s : korang pernah tak..tidak tension time exam...???

Sunday, October 10, 2010

kesayanganku...!!!!

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah...dengan izin Allah..aku dapat mencoretkan sesuatu di pentas maya ini...coretan hari ini amat bermakna bagi diriku...lebih bermakna lagi buat ibu dan ayahku...bermula 10-10-1985 hingga kehari ini..10-10-2010..genaplah 25 tahun..perkahwinanku...ehek3..tershashul pulak...kikikiki...perkahwinan parentsku...


SELAMAT HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN ke 25...buat ma dan abah...semoga Ma dan Abah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta keluarga kita kekal bahagia..sebahagia-bahagianya..( jgn jd mcm hospital bahagia sudah )....Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan membesarkan kak Ngah dan adik bradik lain...Sayang Ma & Abah serta adik bradik lain...kaulah kesayanganku...^__^

p/s : mood exam sudah mali...@__@


Wednesday, October 6, 2010

Bukan Boyfren juga Bukan Girlfren...tapi


Post ini agak mengganggu emosi..jiwa..raga..hati..hempedu...haaaaaahhh..semualah...

Saat mana seorang insan jatuh cinta, benda yang 1st difikirkan, macam mana nak tekel si dia. Nanti-nanti kad merah, sedih la pula. Disana keberanian akan memainkan peranan, bagaimana caranya untuk menambat hati si dia. Orakan langkah selalunya bermula dengan perkenalan, dan disana keadaan memainkan peranan. Tatkala kebetulan dijadikan sandaran, peluang sentiasa dinantikan, untuk dijadikan kesempatan, untuk menawan hati pasangan. Yes! Bagi yang dapat, tapi hampa dan kecewa jika ditolak. Persoalannya, apakah yang dicari olehmu wahai kawan? Girlfriend or Isteri?

Saat si jejaka melafazkan “Saya amat mencintaimu” atau “I Love You”, adakah ayat itu dilafazkan untuk menjadikan si dia Girlfriend? Pasti selalunya akan berkata “Ya, saya cintakan dia, dan saya nak jadikan dia kekasih saya”. Sekali lagi persoalannya, adakah sekadar Girlfriend? “Tidak, saya pasti mengahwininya nanti, kerana dialah segalanya buat saya”. Ingatlah wahai lelaki, carilah pasangan untuk menjadi Isteri, bukannya Girlfriend, kerana hatimu itu hanya untuk Isteri, bukan untuk Girlfriend. Lakukanlah dengan cara yang diredhainya,yakni tawan hatinya untuk menjadikannya Isteri, dengan meminangnya, bukan proposal kapelmu itu.

Saat si gadis mendengar ayat “Saya amat mencintaimu” atau “I Love You” dari si jejaka, adakah dirimu ingin menerimanya sebagai Boyfriend? Pasti selalunya berkata “Ya, saya juga punya rasa sepertinya, dan saya amat bahagia berada disampingnya”. Sekali lagi persoalannya, adakah sekadar Boyfriend? “Tidak, saya akan meminta dia mengahwini saya, kerana saya yakin dia mencintai saya, pasti ingin mengahwini saya”. Ingatlah wahai wanita, terimalah lelaki untuk menjadi suamimu, kerana hatimu bukan untuk Boyfriend, tetapi untuk suami. Lakukanlah dengan cara yang baik, dengan katakan padanya, andai ingin dirimu menerimanya, maka mintalah dia lakukan pada jalan yang diredhainya dan jika anda menolaknya, pastikan anda tidak menolak lelaki yang dirimu ketahui perilaku dan agamanya baik bagimu.

Wahai lelaki dan wanita, terciptanya pasangan adalah untuk menjadi Suami atau Isteri, bukan Boyfriend atau Girlfriend, dan jika ingin mendapat yang terbaik, maka jadikanlah dirimu baik juga, insyaAllah, semuanya baik-baik sahaja, semoga berjaya mencari Suami dan Isteri yang terbaik buatmu.




di copy paste dari SEGALA CERITERA


Sekian...selamat malam dunia...^__^


Sunday, October 3, 2010

Bukan untuk sesapa.....^__^


Hanya mau berkongsi lirik ni...agak best...layannn....gudnite sume...^__^

Yang Terindah - Dakmie

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah.........

Tamat


p/s : makcik cleaner memang rajin...

Wednesday, September 29, 2010

Menikmati Sebuah Rakaman Penderitaan


Ini adalah karya copy and paste...sila baca karya asal...^__^

Tengok ni. Ish… ngeri sungguh!” kata Abu. “Pergh… sampai patah dua pinggang dia. Mesti mati punya tu!” ulas Ali pula. “Aku pernah tengok accident lebih kurang macam ni. Memang termuntah aku dibuatnya” Ali menyambung cerita. Mereka berdua tercegat di hadapan skrin komputer menonton klip video yang memaparkan imej seorang lelaki yang badannya terlipat dua dan [...]



“Tengok ni. Ish… ngeri sungguh!” kata Abu.

“Pergh… sampai patah dua pinggang dia. Mesti mati punya tu!” ulas Ali pula.

“Aku pernah tengok accident lebih kurang macam ni. Memang termuntah aku dibuatnya” Ali menyambung cerita.

Mereka berdua tercegat di hadapan skrin komputer menonton klip video yang memaparkan imej seorang lelaki yang badannya terlipat dua dan berlumuran darah kerana digilis sebuah lori besar. Pemandangan yang sepatutnya amat mengerikan itu, tanpa disedari berubah menjadi satu bentuk keseronokan dan kepuasan hingga tanpa bertangguh, Abu segera menekan butang share di rangkaian halaman sosial Facebook beliau agar pemandangan ngeri itu boleh ditonton oleh orang lain pula.

Tabiat ini juga membabitkan foto-foto anak kecil di Palestin yang hilang separuh kepala akibat letupan bom, atau imej wanita di sebuah negara direjam dengan batu bata hingga berkecai muka dan kepalanya. Siri ini berterusan tanpa henti.

Ada garis pemisah yang halus di antara sisi baik keadaan ini, dengan sisi buruknya. Ramai di kalangan pengguna internet menyebarkan foto dan klip video seperti ini dengan tanggapan bahawa ia adalah materi yang berkesan untuk menimbulkan kesedaran.

Ingat mati.

Bersyukur dengan keselamatan.

Mengambil iktibar.

Bertaubat.

Semua itu mewarnai lapisan pertama motif mengapa mereka gemar kepada bahan-bahan yang mengerikan seperti ini.

Tetapi ketika mana perbuatan menonton dan menyebar bahan sebegini berubah menjadi seperti suatu ketagihan, ia bukan lagi sebuah keprihatinan. Sebaliknya ia berubah menjadi penyakit mental!

‘Keinsafan’ yang dirasai itu bukan lagi sebuah keinsafan, sebaliknya kepuasan luar biasa, hasil melihat dan mengulang lihat foto serta imej yang ngeri itu...

Berhati-hatilah kawan-kawan..renungan untuk semua...untuk bacaan selanjutnya di Saifulislam

Tuesday, September 28, 2010

GIFT...THANK YOU ALLAH

Aku adalah ANUGERAH daripada Allah s.w.t ....

Aku adalah HADIAH kepada ibu bapaku...

Aku adalah PEMBERIAN yang amat bernilai....



.....DAN.....



dikurniakan AQAL yang cerdas...

dianugerahkan ANGGOTA tubuh badan yang sempurna.....

dihadiahkan sebuah KELUARGA yang bahagia....

diberikan SAHABAT yang sejati....


AKULAH

'ATIYYAH...

SEBUAH ANUGERAH...HADIAH....PEMBERIAN...KURNIAAN

...TERIMA KASIH YA ALLAH...

Monday, September 27, 2010

puasa + raya = heppy


Bismillahirrahmanirrahim....

phuffff( tiup2 manja )...bersarang tikus n cicak sudah blog ni nampaknye....almaklumlah..masuk final year ni..diri aku yg agak rajin ni makin sibuk dan sibuk..sibuk sangat la kan...hehehe...

minggu-minggu terakhir sebelum exam ni adalah masa yg plg sesuai tuk menyiapkan esimen-esimen...hehhe..begitulah kehidupan pelajar-pelajar kampus...eh..eh..tak..aku sorang je kot..korang sume mesti dah siap awal kan...hikhikhik...

oklah..malas nk cakap byk...ni antara menda2 yang aku ketinggalan nak post...

Kad Raya Versi aku...hahhaah..

proses wat sampul kad raya...barang terpakai...hahaha

sampul dah siap....suker..suker...

kad disisi sampul..bersedia tuk diisi.....


Selamat Hari Raya ..Maaf Zahir Batin..
kepada semua...
segala kekhilafan mohon dimaafkan...

Balik kampung...ooo..balik kampung....(.heppy sesangat walaupn ms ni xtahu dapat sampai umah or tak...)

perantau udah mau pulang..ngak mau datang dah..hik3..

Sha...tokoh angkat berat....kwang3 ( sori yea incik )

Sue penjaga beg tegar...hahahha...

Allhamdulillah selamat sampai...so meneruskan misi kat umah...( biar gambar berbicara )

tangan sape..sudah lupa..yg pasti bkn tgn saye..hehhe

biskut...ape ntah..main campak..kwang3..

siap cantek...adik laki yg wat neh...

hahhh...ni buktinye.....hehehe...( abaikan keseksian beliau..huhu )

besaq..besaq....huhuhu....

agak2...1 kg kacang badam...dapat dlm 400 bijik...hmmmm...okla tu...


Tibanya Aidilfitri menggamit memori...



tak cukup korum.....


Sekian sahaja...

p/s : spupu aku cakap tahun ni tahun last bagi duit raya kat aku...arghhh....tidak..nak jugak..^__^

Tuesday, August 31, 2010

Merdekakah kita....


Aku berjalan berseorangan dikala petang yang suram

mencari sedikit ketenangan

mungkin kerna kurang makan...wahaha...

petang itu aku berjanji untuk berjumpa seorg sahabt di suatu tempat
( xperlu dinyatakan sebab tak penting ).....
sambil aku tunggu...aku duduk..dudukk...
duduk...lama ku menunggu..


di mana si M yang ku tnggu...

aku memandang sekeliling...kiri dan kanan..

mencari bayang si M..mungkin juga datang dari arah yang lain...

aku terpandang susuk tubuh yg agak tauf ( ejaan betul sila rujuk gugel )...hencem barangkali tp aku xkisah..

ku pandang lagi manusia itu...uhukkkk...terkejut..

rambutnya yg...gulppp...warna apa aku tak pasti..

hidung bertindik beb...aku pn xbrani nak tindik..

eh..kat bawah dagu dia ada ketuat kot...( tindik juga sebenarnya )...hahha

grrrr...seram weiiii....muka ensem la jgk..tp syg seribu kali syg....

lelaki tu terperasan aku pandang kat dia..

then berlakulah dialog


L : sorang je ke..

aku : eh taklah..tnggu kawan ( sudah seram sejuk )

L : err...jom g dataran..sambut merdeka..dah nk merdeka da mlm ni...

aku : (dgn senyuman aku yg agak kelat manis ni )negara dah merdeka 53 tahun...

kita bila lagi nak merdeka..??( aku terus berlalu meninggalkn lelaki tu...cz kwn aku dah dtg...)

p/s : cerita ni adalah rekaan dan segala perisa ditambah bagi menyedapkan cerita yang tak berapa nak sedap...^__^



Selamat Hari Merdeka....!!!!!

Saturday, August 28, 2010

bagaimana harus aku katakan...



Bismillahirrahmanirrahim....


Otak ligat memikirkan apa yang perlu ku bawa balik....


Juga tak lupa dengan barang yang perlu aku tinggalkan.... ( bercadang nak tinggalkan bilik dlm keadaan yg slerok )


dan semestinya kain-kain yang belum berbasuh perlu ku tinggalkan semua ini


dalam keadaan sempurna...sebenarnya aku tersangatlah malas


apa makna
keadaan aku ni sekarang....

mesti makcik cleaner...mak cik kafe tahu...

owhhh..owhhhh...




nak balikkkkkkkkkkkk.......


sudah pasti minggu-minggu yang terakhir ni...


pikiranku otakku mindaku n yang paling penting jiwaku sudah berada di kampung...


owh no...mamma shaye mau balikkk...^__^





p/s : hati-hati memandu bas balik kampung...

Sunday, August 22, 2010

auchhhh......


hati.......












pernah disakiti.....








pernah menyakiti....










pernah disayangi....










pernah menyayangi.....










owhhh...tertewas lagi....









mata tak dapat nak menahan lagi banjir....










sabarlah duhai HATI.....




ramai juga yang minat....