Thursday, August 19, 2010

hanya sebaris tersembunyi di dasar hati...

Ukhwah itu dilihat pada diri sendiri.
Sebanyak mana kita memberi bukan menerima.
Kita tidak boleh mengharap akan ada insan yang menganggap kita sebagai
teman istimewa.

Tetapi sejauh mana kita menghargai, menyayangi, dan mengasihi seorang teman itu.


Doa adalah senjata, doa adalah penghubung hati.
Sampaikan kasih kita kepada sahabat itu melalui doa

yang dititipkan sepanjang waktu.

Si teman mungkin tidak akan mengerti betapa dalam cinta dan kasih kita padanya,
tetapi biar
Allah yang mengetahui kerana bukankah Dia yang telah menciptakan sekeping hati

ini, dan telah Dia isi dengan cinta.

Hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang tersembunyi di dasar hati..

p/s : mungkin ini ujian dariNya..aku Redha...(-_-)

0 idea korang amatlah dihargai..:

Post a Comment

ramai juga yang minat....