Tuesday, August 3, 2010

sudah lama benar.....



Sudah lama benar..
Mata ini tidak menangis..
Mengenang segala kekhilafan diri..
Kerana sering kumanjakan ia,
dengan melihat keindahan dunia dan isinya..
Hingga ku asyik pada fatamorgananya..

Sudah lama benar..
Mulut ini tidak bicara..
Mengalunkan kalimat Kalamallah..
Yang indah dan syahdu menusuk jiwa..
Kerana sering kubiarkan ia..
Bicara seenak rasa..
Yang hanya menambah dosa..

Sudah lama benar,
Telinga ini tidak mendengar..
Zikir dan pujian kepada Dia..
Kerana sering kubiarkan ia,
Mendengar alunan irama serta perkataan lagha.

Sudah lama benar,
Diri ini tidak di sucikan..
Dengan dingin dan segarnya aliran air wudhuk,
Kerana sering kubiarkan ia,
Di jamah kekotoran dosa-dosa dan najis dunia..

Sudah lama benar..
Hati ini kosong..
Dengan tazkirah, tarbiyah dan ilmu..
Makin tandus dan merekah menanti belah..
Kerana sering ku biarkan ia..
Terisi dengan keseronokan sementara..

Oh Tuhan ku..
Sudah lama benar ku tinggalkan jalan itu..
Jalan lurus yang membawa ku dekat pada MU..
Angkuhnya aku selama usia ini..
Berjalan megah mendongak..
Hingga ku lupa..
Bumi tempat kuberpijak..

Ya Tuhan..
Sungguh aku ingin kembali ke jalan itu..
Izinkan langkah kakiku..
Izinkan helah nafasku..
Izinkan kudratku..
Untuk sampai ke situ..
Sudah lama benar..
Mata ini tidak menangis..
Mengenang segala kekhilafan diri..
Kerana sering kumanjakan ia,
dengan melihat keindahan dunia dan isinya..
Hingga ku asyik pada fatamorgananya..

Sudah lama benar..
Mulut ini tidak bicara..
Mengalunkan kalimat Kalamallah..
Yang indah dan syahdu menusuk jiwa..
Kerana sering kubiarkan ia..
Bicara seenak rasa..
Yang hanya menambah dosa..

Sudah lama benar,
Telinga ini tidak mendengar..
Zikir dan pujian kepada Dia..
Kerana sering kubiarkan ia,
Mendengar alunan irama serta perkataan lagha.

Sudah lama benar,
Diri ini tidak di sucikan..
Dengan dingin dan segarnya aliran air wudhuk,
Kerana sering ku biarkan ia,
Di jamah kekotoran dosa-dosa dan najis dunia..

Sudah lama benar..
Hati ini kosong..
Dengan tazkirah, tarbiyah dan ilmu..
Makin tandus dan merekah menanti belah..
Kerana sering ku biarkan ia..
Terisi dengan keseronokan sementara..

Oh Tuhan ku..
Sudah lama benar ku tinggalkan jalan itu..
Jalan lurus yang membawa ku dekat pada MU..
Angkuhnya aku selama usia ini..
Berjalan megah mendongak..
Hingga ku lupa..
Bumi tempat ku berpijak..

Ya Tuhan..
Sungguh aku ingin kembali ke jalan itu..
Izinkan langkah kakiku..
Izinkan helah nafasku..
Izinkan kudratku..
Untuk sampai ke situ..



0 idea korang amatlah dihargai..:

Post a Comment

ramai juga yang minat....