Thursday, October 1, 2009

harus Bercinta..???

Selamat petang! he. Dah makan ke semua? Makan ape, sedapnye! Hm, petang ni ada lagi post yang menarik. Menarik bagi saya dan insya`Allah pada semua. Tajuk hangat jugaklah! Pasal cinta. Ha, hangat tak hangat sangatlah! ehehhe. Harus ke bercinta? Harus? Hm, kalo harus oklah kan [lega]? Siape yang kata HARAM tu? Aha, kalau nak tahu harus ke, haram ke tak, kalau kita [termasuk saya] terlibat dalam cinta ni. Jom baca artikel menarik ni. Saya ambil dari rakan blogger. Apepun terima kasih pada tuan punye blog. [Maaf, tak mintak kebenaran pun!] Jom² baca. Rugi kalau tak baca. Semoga bermanfaat, insya`Allah.

Harus Bercinta?

Cinta merupakan lumrah manusia dan cinta akan bermain di minda setiap remaja yang berada dalam lingkungan 18-24 tahun secara serius kerana ketika itu fikiran remaja asyik tertumpu pada alam perkahwinan. Ini adalah lumrah dan kita sama sekali tidak dapat tolak kerana sudah menjadi fitrah selamanya.

Dalam kitab Tuhfatut Tullab ada membahaskan berkenaan 'Al-Hub' iaitu cinta. Hukum bercinta antara lelaki dan perempuan adalah HARUS dan sudah menjadi fitrah dan lumrah bahkan dalam sesetengah perbahasan dalam kitab tasauf ada menyebut barangsiapa yang menolak fitrah maka mereka itu adalah 'gila'. Tetapi persoalannya di sini cinta yang bagaimana dikatakan harus??? yang dianjurkan syarak?? yang diamalkan oleh remaja pada masa kini apakah pula hukumnya??

Cinta yang hukumnya harus seperti begini- tidak pernah keluar berdua-duaan tanpa muhrim di sisi malah jika keluar bertemankan seorang kawan pun hukumnya jatuh haram. Syaratnya mesti bertemankan kawan yang digelar 'jam'u thiqah' iaitu 3 orang atau lebih perempuan muslim yang jaga perilakunya sebagai seorang muslim. Ini bermakna jika seorang kekasih hendak keluar. maka si dara tersebut mesti mengajak paling kurang 3 orang rakan untuk menemaninya barulah setiap langkahnya itu tidak digelar maksiat. Bagaimana pula kalau lelaki membawa kawannya tetapi perempuan itu berseorangan?? Hukumnya tetap haram kerana dalam kes ini nisbah perempuan mesti ramai daripada lelaki. Ini ada dibahaskan dalam kitab Tuhfatut tullab. Ulamak kaitkan hukum ini dengan seorang perempuan yang mengerjakan haji tanpa ditemani muhrim. Tetapi sebaliknya, jika perempuan itu membawa bersamanya seorang muhrim iaitu adik, emak atau ayah, ini dibenarkan syarak dengan syarat muhrimnya mumaiyiz tidak disyaratkan baligh.

Banyak syarat-syaratnya jika hendak dihukumkan bercinta itu harus kerana rata-ratanya, bercinta yang diamalkan remaja pada masa kini adalah haram. Sedangkan dalam Islam jika seorang lelaki itu sudah bertunang, lelaki itu HANYA dibenarkan melihat wajah dan tapak tangan tunangnya sahaja itu pun dengan hajat contohnya ingin bertanya khabar dan berbincang mengenai persiapan perkahwinan inikan pula bercinta pada zaman sekarang, berborak di kafe dengan bergelak ketawa, bergurau, bergambar 'smile shot' muka sengaja didekat-dekatkan. Ini semua mengundang bala Tuhan..Nauzubillah.

Dalam kitab Tuhfah juga ada menyatakan hukum melihat perempuan tanpa sebarang hajat adalah HARAM walaupun perempuan itu bertudung litup dan memakai purdah. Dalam kitab ini ada membahaskan sekiranya seorang lelaki melihat bayang-bayang perempuan dalam air walaupun tanpa hajat hukumnya adalah HARUS. Contoh pada zaman ini adalah melihat perempuan dengan menggunakan cermin. Kita tidak melihatnya dengan 'direct looking' tetapi melihatnya dalam cermin yang dipantulkan, itu pun syaratnya hendaklah perempuan itu menutup aurat. Jadi bagaimana?? Adakah anda boleh melakukan semua ini untuk membolehkan cinta anda dihukum HARUS. Saya pasti tidak...

Kebanyakan kita bercinta, tidak sah tanpa bermesej menggunakan ayat- nite sayangku, love u, muah, sayang jaga diri baik-baik dan lain-lain lagi. Semua ini hanya menimbulkan titik hitam di hati. Ini lah punca mengapa ada di kalangan kita terasa berat kakinya menghadiri majlis-majlis ilmu, mengerjakan solat berjemaah di surau, berat untuk bangun subuh..kerana hatinya sudah gelap yang menghalang Nur Tuhan untuk pancarkan ke dalam hatinya. Ilmu itu cahaya dan cahaya Tuhan tidak akan dipancarkan pada orang yang melakukan maksiat. Renung-renungkan..

Habis dah. Memang saya setuju sangat dengan artikel ni.
Jadi, apa pula pendapat anda?

1 idea korang amatlah dihargai..:

fawwaz said...

ye cik atiah..kite sokong 100% artikel ni!:)
nnt klw kite nk kuar dating dgn calon bini kite nnt,kite nk mntk cik atiah n adk brdk cik atiah tmankn skali..ble?hehe..

Post a Comment

ramai juga yang minat....